Universiti Al-Azhar dibina dengan harta wakaf sepenuhnya, ini cerita baru saya tahu.

Ada sekumpulan pemuda miskin yang berjiwa besar di Mesir yang nak buat perniagaan pertanian. Mereka bermula dengan penuh kekangan kewangan. Serba serbi tak cukup.

Mereka ada 9 orang kesemuanya. Mereka nak cukupkan 10 orang.

Puas mencari seluruh ceruk kampung dan bandar, tiada yang berminat nak ikut mereka. Cari punya cari, maka tercetus idea tak masuk akal.

Mereka nak jadikan Allah s.w.t. sebagai orang ke sepuluh. Pelik tapi ia berlaku.

Permulaannya mereka rancang 20% keuntungan untuk Allah s.w.t. Mereka gunakan 20% itu untuk buat sekolah pengajian agama Al-Azhar.

Seterusnya mereka tambah lagi 30%, 40%, 50%. Daripada sebuah sekolah agama kecil di kampung, ia berkembang menjadi sekolah agama menengah yang besar.

Perbelanjaan menggunakan share Allah sepenuhnya daripada keuntungan perniagaan mereka.

Akhirnya mereka bersetuju semua keuntungan mereka adalah 100% untuk Allah s.w.t. Dengan keuntungan itulah wujudnya Universiti Al-Azhar As-Syarif sehingga ke hari ini.

Ia bukan harta orang kaya pada awalnya. Tapi mereka meletakkan pemberi rezeki Ar-Razzaq iaitu Allah s.w.t. bersama mereka.

Saya amat terinspirasi dengan kisah ini. Semoga kita yang buat perniagaan dapat contohi mereka semua.

Saya kongsikam banyak kisah kejayaan & emas di Channel Telegram saya https://t.me/notaemasHY. Jemput Join ya.