Saya nak cerita sikit pasal budak yang duk sebelah saya ni. Nama dia Azam Amiri. (Facebook Azam Amiri). Umur baru 21 tahun tapi empayar perniagaan dia jauh meninggalkan kita orang dewasa.

Hebat budak ini.

Perniagaan Public Gold beliau mempunyai empayar mencecah hampir 2000 orang. Dengan status dia sebagai Master Dealer, anggaran pendapatan lebih kurang RM4,000 sebulan. Kadang-kadang boleh cecah RM10,000 sebulan.

Selain itu, dia juga ada bisnes kereta sewa. Kereta yang disewakan 4 buah, 2 buah kereta sendiri, dan 2 buah kereta orang yang dia manage. Busuk-busuk boleh dapat income RM700 – RM1000 sebulan untuk sebuah kereta. 4 buah boleh capai RM4000 sebulan woih.

Sekarang dia baru set-up sublet rumah kedai tingkat dua untuk disewakan kepada pelajar sekitar Tanjung Malim. Kemasukan bulan Oktober sudah fully booked. Ada 5 partition bilik kesemuanya. Modal dah lama buat simpanan. Tak buat pinjaman satu sen pun. Anggaran untung bersih RM500-600 sebulan. Pun pendapatan pasif.

Tiga-tiga bisnes dia ini semuanya pendapatan pasif. Dia boleh pergi ke mana-mana saja dia suka dan bila-bila masa. Kalian boleh tengok di FB dia, sekali di KL, sekali di Ipoh, sekali di Kota Bharu. Bebas.

Kalau tanya dia sekarang dia kerja apa? Dia cakap tengah tunggu nak sambung degree. Tak ada kerja gais.

Saya duk cungkil apa rahsia budak ini. Saya rasa bagus untuk budak-budak muda ambil sebagai inspirasi. Inilah 7 sifat dia yang jadikan dia sekarang.

  1. Dia dapat idea bisnes bila berada di perantauan. Kenal tempat orang, idea bisnes datang dengan segar. Terus buat dan menjadi. Jadi kalau kalian nak dapat bisnes gempak, mengembara lah. Jangan duk setempat.
  2. Bersungguh untuk belajar benda baru. Dia sentiasa sedia ‘gelas kosong’ untuk diisi dengan ilmu dan kemahiran baru. Marketing, public relation, public speaking. Semuanya dia redah dan teroka sendiri.
  3. Rendah diri sangat. Kalau kalian mintak dia kongsikan tips apa-apa, dia akan cakap biasa je. Tak ada gempak-gempak. Yang penting buat dulu, baru tahu.
  4. Hormati keluarga. Dia utamakan adik beradik yang perlukan bantuan setiap bulan. Walaupun dia adik, tapi abang dia akan sentiasa rasa adanya dia setiap masa.
  5. Dan dia adalah hafiz Al-Quran dalam dada. Sentiasa berdamping dengan Al-Quran, jaga hubungan dengan Pencipta dan rasa penuh tawakkal dengan Allah s.w.t.
  6. Ini best sangat pasal budak ini. Walaupun dia berusia 21 tahun, tapi dia jauh lebih matang daripada usianya. Dia tak nak orang kenal dia dengan usia 21 begitu. Dia tak nak orang layan dia seperti usia awal 20-an. Dan circle dia pun boleh tahan orang dewasa juga.
  7. Dia gagal ke dia berjaya adalah atas tanggungjawab diri dia sendiri. Tak bergantung kepada sesiapa. Begitulah sifat orang berjaya.

Syabas anak muda. Umur 21 tahun, pendapatan sudah lebih 5 angka. Azam akan jadi inspirasi ramai orang.

Join https://t.me/notaemasHY