Zaman ini orang tukar masalah menjadi peluang (wang).

Kalau di taman dia ramai orang Kelantan tapi tak ada orang jual nasi kerabu, dia cari resepi kat google dan buat untuk memenuhi keperluan lidah orang Kelantan.

Kalau kat kantin pejabat dia tak ada orang jual buah, dia beli buah stok seminggu di pasar minggu, potong kecik-kecik masuk dalam plastik, bawak ke pejabat setiap hari.

Kalau di kampus dia tak ada pusat servis laptop, dia yang serviskan kalau ada kepakaran, atau cari orang luar, dia yang promote kan.

Kalau orang tak ada kenderaan, dia buat kereta sewa atau bawak grabcar masuk kawasan tersebut.

Kalau orang tak reti nak simpan duit, dia ajar orang simpan emas, lama kelamaan orang akan ada simpanan. Emas pun duit juga.

Zaman ini bukan zaman merungut tak kesudahan.

Begitulah, siapa yang meraikan perubahan zaman, dia akan menang. Peluang (wang) ini merentasi masa dan tenaga kita.