Secara rasminya saya bersama Public Gold pada 19 Disember 2016. Hanya acah-acah nak menyimpan duit dalam bentuk emas saja. Tidak lebih dari itu. Bermula dengan RM100 akaun GAP, pada hari pertama seminar emas yang saya hadiri. Seminar disampaikan oleh sifu Hafizul Hakim.

Saya tak tanya banyak. Lagipun tak tahu nak tanya sapa. Haha. Speaker masa tu tengah layan orang lain. Jadi bila tanya staf berapa nak mula ni. Staf cakap minimum RM100. Tak tahu jugak RM100 ni jadi apa lepas ni. Hanya letak kepercayaan 100%, dengan gaya keyakinan speaker tadi. Saya pasrah.

Terus lepas seminar saya berkejar ke mesin ATM terdekat, paksa korek duit RM100. Memang niat nak menyimpan saja. Tak nak lagi duit hanya dapat hujung bulan, habis begitu saja.

Isi borang di kaunter, tempat nama ‘introducer’ tak tahu nak letak nama sapa. Sapa sepatutnya introducer pun tak tahu. Agak terkilan jugak la. Tapi nasib baik staf agak baik. Dia cakap letak saja nama speaker tadi, Hafizul Hakim. Saya pun ingat tak ingat nama penuh sebab sehari sebelum tu ada sms beliau. Nama hilang dari ingatan. Sorry sifu 😅

Lama ambik masa saya nak biasakan diri dengan sistem Public Gold. Hadir seminar tak pernah miss. Saya cari buku Wang Emas tulisan Mohd Zulkifli Syafie, masa tu saya tak tahu pun dia Master Dealer Public Gold. Malah, dah habis baca pun masih belum tahu kaitan beliau dengan Public Gold. Hanya nak ilmu saja. Lagipun saya dah baca buku beliau, Zero Hutang setahun sebelum itu. Jadi tak pelik bila saya baca buku kedua beliau ini dari kulit ke kulit.

Sekali, dapat gambar poster daripada Hafizul Hakim sekitar Mei 2017. Seminar BOP (Business Opportunity Presentation), disampaikan oleh Mohd Zulkifli Syafie. Agak terkejut. Apa kaitan beliau dengan Public Gold, teringat buku Wang Emas tadi. Saya hadir seminar beliau sebelum saya kenal dia adalah The Fastest Growing Master Dealer Public Gold. Terbaik.

Dengar seminar penuh tekun. Saya ambik peluang ambik autograf beliau pada buku saya kedua-dua biji tu. Buku yang saya beli sebelum saya kenal sapa penulis dia.

Isi seminar saya tekuni dan amati. Apa yang dapat saya simpulkan, jadi dealer Public Gold adalah platform terbaik untuk bisnes. Saya kira-kira kewangan yang saya ada. Masa promo RM5000, terus upgrade sebagai dealer. Argghh. Belum cukup bajet.

Sanggup usaha simpan duit gaji. Sikit-sikit. Sifu Hafizul Hakim pulak macam ‘push’ saya, cakap ada potensi besar la macam-macam. Hehe. Saya gagahi jua. Akhirnya 28 Julai 2017 rasmi saya sebagai Authorized Dealer Public Gold. Dan saya gembira dengan pilihan ini. Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Terima kasih Public Gold.