Tanggal 19 Disember 2016 saya dapat PG code sebagai pelanggan rasmi Public Gold.

Emel saya terima pada 19.12.2016

Setahun sebelum itu saya sudah rasa penat. Penat bekerja sudah 3 tahun tapi simpanan tiada. Sampai masa, saya beli rumah di Kuching, Sarawak. Saya keluarkan semua wang KWSP dan saya tutup akaun KWSP. Duit KWSP saya gunakan 100% untuk bayar downpayment rumah, pergi umrah dan beli motosikal skuter Honda Spacy.

KWSP saja lah satu-satunya simpanan paksa saya waktu itu. Lepas beli rumah, beli pula kereta Honda Jazz. Saya dah terperangkap dalam ‘rat race’ yang saya cipta sendiri. Hujung bulan duit gaji jadi tak pernah cukup. Masuk 20hb, saya isi minyak terpaksa guna kad kredit. Setahun saya melalui keadaan begitu.

Saya pergi kedai buku, kononnya nak cari solusi. Buku ini tepat kena pada saya. Selepas ada hutang rumah, hutang kereta dan personal loan yang saya sudah buat sebelum ini, saya ternampak buku Zero Hutang tulisan Mohd Zulkifli Shafie.

“Huh. Buku ini memang sesuai untuk aku”.

Dengus dalam hati. Tengok harga pun murah, RM19 saja. “Eh, buku yang bagus macam ni harga dia RM19 je?”. Fikir dalam hati lagi.

Saya baca buku itu lama nak habis. Sebab genre kewangan belum saya minat lagi. Jadi makan masa nak hadam term kewangan ni. Saya hanya minat baca buku keagamaan dan kepimpinan saja waktu itu.

Saya tertarik satu poin dalam buku ini, simpan emas 1 gram sebulan sampai bebas kewangan. Ini pelik. Tapi saya tak berhenti di situ. Saya pun tinjau lah emas yang ada di Malaysia. Tanya kawan-kawan yang pernah post goldbar di media sosial.

Saya tanya 3 orang, tiga-tiga ini adalah ejen sebuah syarikat emas powergold. Tapi saya tak tertarik dengan powergold sebab tengok syarat dia agak tak sesuai dengan cara saya faham. Kena bayar yuran keahlian? Saya tak nak.

Jadi saya pun survey lagi. Kebetulan dalam portal Sinar Harian ada keluar satu artikel pada hari saya duk survey tu. Masa sarapan pagi di kafe hospital tempat saya kerja. Artikel itu bertajuk Hello Gold dapat sijil patuh syariah.

Dia bagi link untuk ke website Hello Gold. Hello Gold hanya boleh beli dengan aplikasi. Ini menarik. Saya baca term & condition dia, tak ada yuran. Saya pm FB Afyan Mat Rawi sebab dia lebih tahu berita-berita begini. Dia respon, dia pun tak tahu lagi. Hehe.

Emas Hello Gold boleh dibeli dengan RM10, terus ditukar kepada emas 100%. Saya tiada bimbingan. Hanya berurusan dengan staf Hello Gold melalui emel dan call.

Saya pun mula lah dengan RM100 kot dengan Hello Gold. Beli dengan aplikasi dia.  Lupa dah. Tahun 2016 kan. Lepas dua bulan, saya nak rasa untung. Saya pun jual, dapat rugi. Hahah. Dapat dalam RM80 kot.
Ini tak boleh jadi. Tiada panduan, tiada siapa yang saya boleh rujuk bila perlu.

Saya teroka lagi. Disitulah saya jumpa Public Gold. Blog pertama saya jumpa adalah publicgoldsarawak.com kendalian Hafizul Hakim. Saya SMS dia, dia ajak datang seminar dia di Public Gold Kuching keesokan hari. Memang cun sangat. Waktu saya amat memerlukan ilmu, di tawarkan untuk datang seminar percuma. Dan jarak rumah saya dengan cawangan Public Gold Kuching tak sampai 3km. Dekat sangat.

Masa seminar itulah saya faham sikit-sikit asas emas. Yang saya terkesan adalah bila speaker tunjukkan gambar duit Zimbabwe yang tak laku. Itu saya tekad kena mula hari ini juga.

Lepas seminar saya jumpa staf di belakang, saya tanya berapa minima untuk nak mula. Staf cakap RM100 boleh dah. Hari tu 17hb, tengah bulan. Sah-sah duit pun tak ada. Saya ada RM150 saja kot untuk makan sampai 25hb.

Tapi saya gagahkan juga, saya turun ke Bank Rakyat belakang cawangan Public Gold Kuching, withdraw RM100 sebab dah tekad nak mula hari itu juga. Hari itu hari Sabtu.

Selang 2 hari, hari Isnin 19hb Disember, saya terima emel PG code saya dan saya login akaun dapat 0.5+++ gram emas yang saya beli RM100 pada 2 hari sebelum itu.

Itulah permulaan saya dengan Public Gold. Jalan cerita saya mungkin berbeza dengan orang lain. Tapi saya bersyukur saya kenal emas waktu saya amat-amat memerlukan.