Lama-lama tak sedar yang simpanan 3-6 bulan gaji sudah dicapai dengan emas. Banyak testimoni ini diterima daripada penyimpan emas yang berilmu.

Mereka tak perasan tetiba tengok sudah banyak simpanan emas dan layak untuk berzakat. Inilah tarikan emas yang orang yang belum simpan emas tak tahu.

Kalau tanya saya berapa saya dah untung, itu saya malas nak fikir. Keuntungan saya sudah dapat awal lagi, iaitu duit saya tak terbelanja ditempat yang tak sepatutnya.

Saya tak pandang sales 1.1, 2.2, 3.3 dah. Inilah keuntungan saya yang sebenar. Alhamdulillah.

Kalau simpan duit ni memang tak akan ke mana. Simpan RM200 sebulan, hujung bulan habis. Hujung tahun yillek. 🤣

Ada nak tanya lanjut, boleh terus wasap saya macam mana nak target kewangan peribadi dengan emas. Saya ceritakan lanjut.