Berita baik untuk semua penyimpan emas Public Gold, anda boleh buat pindahan tetap otomatik daripada akaun bank untuk masuk ke dalam akaun Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold.

Ini satu kemudahan terbaik yang disediakan oleh Public Gold untuk membantu orang ramai menyimpan emas dengan senang dan selamat.

SI Akaun GAP Public Gold

SI ini akan menolak wang anda secara otomatik ikut tarikh yang kita tetapkan.

Sebagai contoh, Arif nak pindahkan wang RM200 daripada akaun Maybank dia pada 26 haribulan setiap bulan. Maka pada setiap 26 haribulan, Arif kena pastikan ada sejumlah RM200 berbaki dalam akaun Maybank dia. Public Gold akan kira harga per gram mengikut tarikh 26 haribulan tersebut. Oleh kerana harga emas GAP berubah setiap hari pada jam 12 tengah malam, jadi tidak ada ketetapan berapa gram yang masuk ke dalam akaun GAP Arif.

Contohnya, harga emas GAP pada 26 Mac 2019 adalah RM187, maka Arif akan dapat sebanyak 1.0695 gram emas, iaitu RM200 dibahagi dengan RM187, bersamaan 1.0695 gram. Seterusnya pada 26 April 2019, harga meningkat kepada RM189 segram, maka Arif akan dapat sebanyak 1.0580 gram.

Bagi menggalakkan orang ramai menyertai SI ini, Public Gold sediakan banyak cabutan bertuah setiap bulan. Temasuk 1 pakej Umrah untuk mereka yang buat SI minima RM200 sebulan. Selain itu, ada hadiah aksesori Public Gold, jongkong emas 5 gram yang bernilai RM1150, jongkong emas 0.5 gram yang bernilai RM160, dan banyak lagi.

1X Pakej Umrah dan hadiah lain

Di bawah ini saya sertakan manual beberapa online banking yang sediakan khidmat tetapan SI secara online dan offline.

Langkah-langkah untuk daftarkan SI dengan Maybank2u
Langkah-langkah untuk daftar SI dengan cimbclicks
Langkah-langkah untuk mohon SI GAP bagi Bank Rakyat
Langkah-langkah untuk daftarkan SI GAP bagi Public Bank

Untuk SI daripada RHB Bank dan Bank Islam, belum ada pendaftaran online. Anda kena datang ke cawangan bank yang berkaitan dan minta borang SI dengan pegawai bank mereka. Isi borang tersebut dan pihak bank mesti sahkan. Hantar borang ke mana-mana cawangan atau whatsapp gambar borang yang telah disahkan kepada introducer / dealer anda.

Langkah-langkah daftar SI GAP untuk RHB Bank
Langkah-langkah daftar SI GAP untuk Bank Islam

Saya doakan anda semua dapat memanfaatkan SI akaun GAP ini untuk memudahkan simpanan emas. Saya doakan anda semua kaya dan berjaya dalam menyimpan emas.

Mohd Hilmi Ya’kub,

Pasir Mas, Kelantan

13 April 2019