Bila bersara, kita sudah tidak ada pendapatan lagi. Kalau yang ada pencen pun, dapat 50% daripada gaji sekarang. Maksudnya mereka kena downgrade separuh daripada keperluan hidup.

Wang KWSP tak mencukupi. Bukan tak cukup sikit, tapi tak cukup banyak. Untuk persediaan masa pencen, harta perlu dibuat daripada sekarang. Namakan dia sebagai dana pencen atau apa saja yang sesuai.

Katakan hari ini gaji kita RM5000 sebulan, masa pencen nanti kita boleh bajet dengan inflasi kepada duit fiat, perlukan RM10000 sebulan.

Antara pilihan yang saya terdetik di hati:


1. Buat simpanan sampai RM2.4 juta sebaik cecah usia pencen, dan simpanan itu memberikan komisen 5% setahun. Setahun dapat RM120 ribu. Bahagi sebulan, dapat RM10 ribu.

2. Buat bisnes bermula sekarang, bisnes yang bersifat pasif. Buat usaha sekali, tapi dia terus berikan insentif atau komisen sehingga mati. Sampai usia pencen, sasarkan insentif melebihi RM10 ribu sebulan. Antara bisnes yang boleh dilakukan adalah seperti jadi dealer Public Gold.

3. Beli harta yang boleh dituai hasilnya bila pencen. Contohnya tanah yang ada tanaman, mungkin diusahakan sendiri atau upah kepada orang lain. Contohnya tanah getah. Kalau ada 10 ekar, 1 ekar boleh bagi RM1000 sebulan, sebulan dapatlah RM10 ribu.

4. Simpan emas daripada sekarang. Emas menyimpan nilai. Ingat poin di atas tadi? Kalau hari ini kos hidup biasa purata RM5000 sebulan, 30-40 tahun akan datang, kos ini boleh jadi RM10000 sebulan. Bukan sebab lain, tapi sebab inflasi.

5. Jangan simpan duit untuk dana persaraan dalam TH, ASB atau bank sekarang. Simpan dalam bentuk emas. Nanti dah pencen baru keluarkan kalau nak dapat bonus atau dividen tahunan.

Ini adalah pandangan peribadi saya, dengan ilmu dan pengalaman yang saya ada.

Hilmi Ya’kub