Kalau anda beli emas dan terus fikir nak jual semula, itu cara fikir yang salah bagi penyimpan emas.

Sebab penyimpan emas mesti ada gaya pemikiran ini ;

  1. Apa matlamat simpan emas? ( Target)
  2. Berapa banyak Gram nak simpan?(Jumlah)
  3. Nak simpan sampai bila? (Masa)

Ramai yang dah berjaya sebab berfikir begini. Ramai yang gagal pula sebab sebelum beli dah fikir nak jual semula.

Takkan kita beli rumah hari ini esok terus fikir nak jual kan?

Kereta pun kita beli tak terus fikir nak jual. Kalau fikir bila nak jual dan berapa dapat kalau jual, alamatnya tak terbeli kereta sampai bila-bila lah.

  1. Tetapkan matlamat simpan emas
    ✅ Dana Haji / umrah : 45 gram
    ✅ Dana Pendidikan : 200 gram
    ✅ Dana Pencen : 400 gram
    ✅ Dana kecemasan : 130 gram
    ✅ Dana kahwin : 90 gram
    ✅ Dan apa saja yang dirasakan sesuai
  2. Berapa banyak gram nak capai sasaran itu? Contoh untuk dana Haji RM10 ribu, bila tukar kepada gram emas lebih kurang 45 gram (1 gram = RM230). Begitu juga untuk dana-dana lain.
  3. Berapa lama tempoh nak cukupkan 45 gram tersebut.

Rancang nak pergi haji dalam masa 5 tahun. Jadi, rancanglah 45 gram mesti cukup dalam masa 5 tahun. Bahagi 12 bulan dalam 0.75 gram. Bagi mudah, 1 gram sebulan. Cukup 5 tahun, pasti capai lah 45 gram itu.

Haaa. Dah tahu kan cara senang. Teruskan buat sekarang. Jangan tangguh-tangguh lagi.

Bila dah capai matlamat pertama, ulang perkara yang sama untuk matlamat kedua dan seterusnya.