“En Hilmi cadang simpan emas 1 gram sebulan, nak kumpul 80 gram. Lambat lagi lah cukup.”

Ini saya reka je. Hehe.

Tapi ada orang meremehkan konsistensi.

3 tahun dulu saya mula simpan emas RM100 sebulan masuk akaun GAP. Masa itu RM170-180 segram. Dapat lah 0.5xxx.

Saya dengar dealer-dealer senior bagitau, pelanggan dia ada yang simpan 1 dinar sebulan. Wow. Saya teruja sungguh. 1 dinar = 4.25 gram. Harga waktu itu dalam RM780.

Ada lagi yang cakap pelanggan dia beli 10 gram sebulan. Saya lagi lah teruja.

“Ish. Ada ya orang boleh buat simpanan sebanyak itu setiap bulan.” Saya bermonolog.

Masuk tahun kedua, saya cuba buat cabaran diri sendiri, saya beli 1 dinar dan gunakan cara bayaran Easy Payment Purchase 4X bayar. Alhamdulillah berjaya buat untuk beberapa dinar.

Saya cuba pula beli 1 dinar sebulan. Eh, dapat jugak. Apa yang saya rasa pelik masa awal-awal dulu saya dah tak rasa pelik. Saya dapat buat.

Dengan bajet 1 dinar sebulan tu lebih kurang RM800 sebulan, saya cuba pula buat belian 50 gram dengan bayar ansuran EPP10. Bulanan dalam RM1000 sebulan.

Ini perkongsian pengalaman cara saya buat EPP 10 untuk goldbar 50 gram
https://hilmiyakub.my/belian-emas-cara-easy-payment-purchase-epp-bantu-disiplin-menyimpan/

Eh, pun boleh! Saya ulang dengan EPP10 50 gram ni beberapa kali. Saya berjaya juga.

Sekarang saya dalam cabaran EPP10 untuk 100 gram pula. Baru bayar 1 kali. Ada 9 kali lagi. InsyaAllah 9 bulan lagi saya dapat pegang 100 gram goldbar saya tu. Amin.

Apa iktibar yang saya nak kongsikan ini adalah:

✅ Mula dulu menyimpan. Selagi tak mula, sama lah macam kita duk mengintai rumah orang di celah-celah pintu. Tengok orang duk makan, duk tidur. Kita sendiri kelaparan di luar.

✅ Konsisten kunci utama. Simpan emas satu kali dan berhenti. Ia jauh lagi lah nak kaya.

✅ Sentiasa upgrade. Permulaan RM100 sebulan itu adalah proses latihan untuk belajar menyimpan. Takkan kita nak kekal di takuk itu saja. Bila dah selesa dengan bajet rendah, up sikit demi sikit. Paksa!

✅ Ada circle yang sentiasa support dan bagi motivasi. Mereka tak perlu pun tahu kita nak simpan berapa gram sebulan. Paling kurang mereka tahu kita bersama mereka. Circle untuk Public Gold adalah introducer kita.

✅ Sentiasa cari ilmu emas & kewangan. Ulang baca buku-buku yang dah dibaca pun tak apa. Sampai ingat mukasurat pun boleh.

Inilah tips nya. Tak susah tapi perlukan poin-poin saya di atas tu.

Hilmi Ya’kub