Terbaik idea Ustaz Hakim Mohd Nor untuk bebas kewangan dan setel hutang negatif dengan cepat menggunakan teknik Quranic.

Selalu kita dengar kalau nak kaya, sedekahkan sikit portion daripada pendapatan kita.

Itu betul juga.

Tapi kalau nak cepat-cepat setel hutang negatif, cuba sedekahkan 7% daripada jumlah hutang kita itu. Ini saya tak pernah dengar sebelum ini. Idea power ni.

Katakan hutang peribadi kita ada RM10,000 yang berbaki. Maka cuba cari jalan untuk sedekahkan 7% daripada jumlah itu, iaitu RM700. Buat tiap-tiap bulan.

Kenapa 7% saja?

Ini menggunakan konsep Quranic, firman Allah s.w.t.:

“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Betul. Janji Allah itu pasti dan pasti. Buat dan bertawakkal atas keyakinan kelapangan rezeki datang daripada pemiliknya iaitu Allah s.w.t.

Lepas itu kena ada determination yang tinggi nak selesaikan hutang dengan sesegera mungkin. Jangan buat hutang baru pulak.

Dengan cara ini, mungkin daripada tempoh sebenar 9 tahun boleh jadi 3 tahun je.

Saya pun baru dengar idea ini. Tak buat lagi. Haha. Jom kita cuba buat sama-sama. Okey?

“Katakanlah sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan menyekatnya kepada siapa yang Dia kehendaki antara hamba-Nya; Dan apa sahaja yang kamu berikan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik.” (Surah Saba’, ayat 34)