Saya kongsikan serba ringkas laluan untuk selesaikan hutang lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan. Hutang ‘jahat’ saya yang masih berbaki adalah hutang peribadi dengan Bank Rakyat. Masa permulaan usaha saya nak selesaikan hutang, baki masih RM43 ribu kalau saya bayar penuh. Ini tak termasuk interest. Kalau termasuk interest, ia jadi RM64 ribu lebih.

Jadi saya fokus kepada RM43 ribu itu.

Masa saya hadir coaching one to one Bersama Tuan Zaidi Ismail pada akhir Disember 2020, inilah status hutang saya. RM43 ribu. Ikut perancangan, saya dapat selesaikan pada bulan Mac 2020. Ini beberapa saranan daripada beliau dan saya ikut:

  1. Saya ada 2 sijil ASB Financing, setiap satu RM50 ribu. Jumlah RM100 ribu. 1 sijil saya dah mula 2 tahun yang lalu, 1 lagi setahun yang lalu. Beliau cadang untuk saya terminate kedua-duanya. Sebab matlamat saya sekarang adalah selesaikan hutang. Jadi gunakan apa saja sumber untuk selesaikan hutang. Saya fikir, okay sangat sebab saya buat pembiayaan ASB sebelum ini pun untuk bayar hutang peribadi saya yang ini lebih awal. Saya target tahun 2025 saya terminate kedua-duanya dan duit itu saya bayar hutang peribadi saya. Cadangan Tuan Zaidi terminate segera, saya ikut. Tapi malangnya dividen ASB rendah tahun ini, hanya 2.25% saja. Kiraan yang beliau buat masa coaching lari sedikit. Saya hanya dapat dalam RM5 ribu saja daripada 2 sijil ASB ini. Saya teruskan terminate.
  2. Saya ada simpanan emas dalam 85 gram. Tuan Zaidi cadangkan jual juga. Ikutkan hati saya sayang sangat nak jual sebab banyak item koleksi 1 gram yang rare item. Bila fikirkan matlamat saya nak selesaikan hutang, saya pejam mata dan buat buyback di Public Gold. Maka saya jual 34 gram emas saya dan saya dapat tunai dalam RM6500. Sekarang saya dah ada RM11,500 campur dengan 2 sijil ASB yang saya terminate.
  3. Saya juga ada buat pembelian emas 50 gram pada bulan Jun 2019 dengan bayaran EPP 10X. Belian 50 gram ini betul-betul mendisiplinkan saya membuat simpanan paksa. Masa saya beli pada Jun 2019, harga 50 gram termasuk Premium adalah RM9509. Saya bayar bulanan dalam RM950 sebulan. Sepatutnya saya habis bayaran bulan Mac 2020, tapi saya selesaikan bayaran bulan Januari. Bulan April saya buat buyback (jual kepada Public Gold). Saya tengok harga PG Buyback teruja sekali sebab harga buyback RM11,184. Saya untung RM1,675 atau 18% dalam masa 10 bulan!. Rezeki saya sebab harga emas naik dengan mendadak kesan trade war US-China dan Covid-19. Sekarang saya dah bayar RM22,684. Saya kongsikan cerita saya beli dan jual emas ini di sini. Klik https://hilmiyakub.my/mudahnya-jual-balik-emas-public-gold/
  4. Selepas saya habis bayar 50 gram EPP10 pada bulan Januari, akhir Januari saya order lagi 50 gram kedua dengan bayaran EPP10. Harganya RM10,850. Saya hanya bayar RM1085 sebulan. Alhamdulillah, rezeki Allah s.w.t., saya selesaikan bayaran EPP10 ini pada bulan Mei 2020. 5 bulan saja. Saya menanti harga yang sesuai untuk saya buat buyback. Tunggu punya tunggu, harga macam tak naik sangat, saya lock untuk buyback order pada 11 Jun 2020 dengan harga RM11,932. Wah, saya masih dapat untung RM1,082 atau 10%!. Gembiranya hati saya. Sekarang saya sudah bayar RM34,616.
  5. Saya hanya ada RM10 ribu lagi!!!!
  6. Ini saya struggle betul-betul, saya push jualan dengan Public Gold. Alhamdulillah, dalam masa dua bulan, saya dapat kumpul sejumlah itu dan setelkan hutang dengan full settlement pada tanggal 23 Jun 2020.
  • Kawan-kawan, ini cerita saya. Cerita dan cara saya mungkin berbeza dengan kalian. Tapi kalau nak ikut cara saya, saya sediakan panduannya di sini. Saya guide ikut kemampuan saya.
  • Saya ada kongsikan cara ini masa saya tengah struggle buat EPP10 50 gram pertama dalam satu FB Page emas, saya digelak oleh mereka. Saya tak baca sebab malas nak fikir benda negatif. tapi ada 1 orang sahabat saya yang baca komen di situ, dia wasap, “Hilmi, tak baca komen di post FB page XXXX ke? Kuat Hilmi kena hentam”. Saya cakap, saya dah agak dah. Tak apa lah.  
  • Permulaan kepada Langkah saya ini adalah, kena ada iltizam yang kuat untuk bebas hutang. Kenapa nak bebas hutang? Kalau tiada iltizam, boleh tersadung ditengah jalan.
  • Seterusnya anda kena sediakan lebihan aliran tunai minima RM1000 sebulan. Ini senang nak buat kalau sudah ada bisnes. Saya berani buat sebab bulan Mei saya dah dapat status Master Dealer Public Gold. Dan rekod saya sebulan sebelum itu saya dapat komisen empat angka dah. Kalau tak ada lebihan RM1000, susah nak teruskan terutama komitmen untuk bayar EPP10 itu.  

Saya doakan semoga kita semua kaya dan berjaya. Saya ikhlas berkongsi pengalaman saya ini. Saya harapkan tulisan saya ini biar kekal di Channel Telegram saya saja, tiada copy & paste ke tempat lain melainkan dengan kebenaran saya.

Terima kasih!

Hilmi Ya’kub