Bila buat pembelian emas bayaran secara Syariah Easy Payment Purchase (SEPP), kita kena bayar ikut tarikh yang terpapar dalam jadual di invoice yang Public Gold sediakan.

Ramai pelanggan saya yang risau takut terlepas tarikh.

Saya pun respon dalam hati.

“Aik, kau tak ada buat bajet bulanan ke? Pakai main hentam je nak belanja apa bulan tu?”.

Haha. Panas kan.

Apa yang saya buat adalah, saya menang sediakan bajet bulanan setiap pendapatan dan perbelanjaan yang masuk dan keluar. Saya letakkan simpanan 10%, komitmen 60%, perbelanjaan 30%.

Saya gunakan Aplikasi Sheet Google.


Jadi dari situ kita dapat plan perbelanjaan awal setiap bulan. Secara tak langsung, bayaran EPP kita akan sentiasa dalam bajet.

Tak perlu tunggu Public Gold buat reminder setiap bulan. Biar semua urusan duit kita berada dalam kawalan kita setiap masa. Bukan orang lain.

Hilmi Ya’kub
Pasir Mas