Sebab Itu Tun M Nak Guna Dinar Emas

Dinar dan sejarah penggunaannya cukup besar.

Itu hari saya melawat UAE Heritage Village yang terletak di pinggir laut Corniche Breakwater di Abu Dhabi.

Depan pintu masuk Heritage Village UAE

Di situ ada dipamerkan kepingan dinar (emas) & dirham (perak) sebenar yang pernah digunakan sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Dinar emas telah diperluaskan penggunaannya pada zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika Utara, Andalusia hinggalah ke Bukhara, Delhi dan sampai kepada kita dia Asia Tenggara kemudiannya.

Penggunaan dinar & dirham berakhir sepenuhnya pada tahun 1924 pada zaman Mustafa Kamal menguasai Republik Turki Kerajaan Uthmaniah.

Kalian tahu kenapa sekarang dah tak ada penggunaan dinar begini dan Tun M nak beria-ia sangat semua negara Islam bersatu menggunakan dinar sebagai matawang?

Dinar adalah simbol kesatuan umat Islam dalam ekonomi. Selagi kita menggunakan wang kertas, selagi itulah ekonomi umat Islam ditekan oleh barat.

Dan kuasa besar dunia boleh buat sewenang-wenangnya kepada negara-negara yang menggunakan wang fiat (duit kertas).

Kita nak buat apa? Kita boleh simpan duit kita dalam bentuk dinar sikit-sikit ikut kemampuan.

Buat masa ini itu saja kita mampu buat bagi menyokong perkembangan semula matawang dinar ini.

Kita nak beli barang dengan dinar di AEON mana laku kan. Jadi simpan saja dinar ini untuk seimbangkan ekonomi kita sendiri.

Author: Hilmi Ya'kub

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *