Emas sinonim dengan zakat. Ramai pelanggan baru saya sudah pun tanya berapa kena zakat sedangkan dia baru ada 10 gram emas.

Zakat emas hanya dikenakan jika simpanan emas melebihi haul 85 gram (nilai duit RM22 ribu) dan nisab setahun. Bagi yang ada 50 gram, terus kan simpan sampai 85 gram bagi layak zakat.

Saya nak rungkai sikit pasal salah faham zakat & emas:

Ada orang kata jangan beli emas sebab emas ada susut nilai. Dan dia rujuk susut nilai itu kepada zakat. Allahu. Dan yang bercakap ini pula seorang ustaz. Susut nilai dalam emas dipanggil ‘spread’. Zakat dan spread benda berbeza.

Apa masalah kalau kena zakat?

Zakat adalah rukun Islam ke-3. Dan antara rukun yang dikenakan kepada orang kaya. Satu lagi adalah rukun Haji. Orang miskin tak wajib keluarkan zakat sebab tak ada harta. Dan orang miskin juga tak wajib pergi haji sebab tak mampu.

Kalau kita mampu ada 85 gram emas, maksudnya kita kaya dan boleh keluarkan zakat. Kita patut berbangga.

Saya galakkan pelanggan saya, alang-alang menyimpan emas, biar sampai 85 gram supaya layak keluarkan zakat emas.

Allah mengherdik orang yang menyimpan emas & perak tapi tak nak berzakat atau infaq di jalan Allah dengan balasan azab yang pedih.

Maksudnya simpanan emas kita mesti mengalir dalam bentuk zakat. Jangan diperam dan sayang nak berzakat.

Seterusnya zakat ini berasal daripada perkataan zakaa. Iaitu bersih. Zakat adalah sabun yang membersihkan harta kita. Kalau sabun Breeze membersihkan pakaian, maka zakat membersihkan harta kita.

Dengan penjelasan ini, moga semua pembaca blog saya ini berkobar-kobar nak cukupkan simpanan emas nya kepada 85 gram cepat-cepat.

Kita jadi umat Islam yang kaya untuk berzakat. Boleh kita target zakat emas kita RM1000 setahun?

Kiralah 2.5% daripada RM260 X gram emas jadi RM1000.

Hilmi Ya’kub