Hari ini beli emas dan kemudiannya diposkan oleh penjual kepada pembeli selepas bayaran sudah menjadi norma baru. Tambahan pula musim pandemic Covid-19, orang tidak boleh bergerak bebas. Jadi servis pos menjadi pilihan antara penjual dan pelanggan untuk memberi kemudahan kepada kedua-dua belah pihak.

Persoalannya adalah adakah emas dibolehkan untuk dipos sebab emas tidak boleh bertangguh. Adakah tempoh pengeposan yang mengambil masa beberapa hari telah melanggar syarat ‘lani’ bagi pembelian emas.

Untuk faham situasi ini, mari kita melihat di mana akad jual beli berlaku dalam urusniaga jual beli emas yang menggunakan pos. Pembelian melalui pos akan melalui proses seperti berikut:

  1. Penjual mengiklankan emas untuk dijual
  2. Pembeli menghubungi penjual untuk membeli emas
  3. Pembelian membuat bayaran kepada pembeli
  4. Penjual mengesahkan penerimaan wang dan mengeposkan emas yang dibeli
  5. Pembeli menerima emas selepas beberapa hari

Sebenarnya sangat senang untuk memastikan urusniaga ini patuh Syariah. Pada proses ke-4, pembeli sudah berakad jual beli emasnya dengan penjual samada melalui panggilan telefon, emel, whatsapp, sms dan sebagainya.

Wang bayaran yang dimasukkan pada proses ke-3 hanya dianggap sebagai security deposit (deposit keselamatan). Jadi ketika akad jual beli berlaku, tiada lagi unsur penangguhan sama ada dari sudut harga yang telah dibayar mahupun emas yang bakal diterima nanti.

Bagaimana pula dengan emas yang diposkan mengambil masa beberapa hari untuk sampai kepada pembeli? Bukankah ia dipanggil penangguhan?

Apabila akad jual beli telah berlaku pada proses ke-4, serah terima secara ‘hukmi’ telah pun berlaku. Walaupun belum diposkan emas tersebut, ia telah dimiliki secara sah oleh pembeli.

Pada sudut Syariah dan undang-undang, pembeli ketika itu adalah pemilik emas yang sah. Jika ini sudah jelas, maka tidak timbul lagi isu penangguhan ekoran daripada proses pengeposan yang mengambil masa beberapa hari.

Apabila semua ini sudah dipenuhi, ianya tidak menjadi apa-apa halangan kepada transaksi secara pos. Bukan saja tempoh pengeposan yang lama dibenarkan, malah jika pembeli meminta penjual emas tersebut untuk simpan emas bagi pihaknya pun tiada masalah walaupun penyerahan emas masih belum berlaku.

Dalam Public Gold, ada servis pengeposan emas pertama di Malaysia iaitu Gold In Transit (GIT).

Gold In Transit (GIT) Public Gold

GIT ini sama saja seperti pos barang lain tapi GIT khusus untuk pengeposan emas dan perak Public Gold sahaja. Kelebihan GIT adalah ianya dilindungi insuran 100%. Ia hanya boleh digunakan untuk pos goldbar 20 gram ke bawah dan 5 dinar ke bawah. 100 gram atau 1000 gram tak boleh GIT ya sebab insuran beri perlindungan untuk 20 gram & 5 dinar ke bawah sahaja.

Terkini Public Gold menawarkan servis GIT untuk emas akaun GAP bermula 1 gram sehingga 20 gram atau 5 Dinar.

Untuk menggalakkan pelanggan menggunakan servis GIT ini, Public Gold menetapkan caj yang selaras iaitu RM10 untuk semenanjung Malaysia, dan RM20 gram untuk Sabah & Sarawak.

GIT selaras RM10 untuk SM dan RM20 untuk SS

Jadi, marilah kita sama-sama manfaatkan kemudahan ini. Pelanggan Public Gold memang untung sangat.

Tulisan ini disandarkan kepada buku Emas & Syariah tulisan Ustaz Khairul Anuar Basri & Datuk Dr Daud Bakar.

Hilmi Ya’kub, Pasir Mas