Tahun 2016

Gaji saya cecah RM5000 sebulan masa ini. Tapi simpanan 0. Hutang keliling pinggang. Hutang kenderaan Honda Jazz baru beli setahun. Hutang rumah dan hutang peribadi jumlah semua lebih separuh gaji.

Banyak bisnes yang saya buat untuk cover gaji yang tak cukup. Setiap kali sampai 20hb, saya selalu jadi risau sebab duit dah nak habis. Minyak saya terpaksa isi dengan kad kredit. Cash dah tak ada. Akhir tahun 2016, saya mula simpan emas Public Gold. Betul-betul akhir iaitu bulan Disember.

Tahun 2017

Saya teroka ilmu emas dan kewangan habis-habisan. Akhir Julai 2017 saya tekad nak jadi dealer Public Gold dan terus fokus. Tak pandang ke belakang. Komisen mula-mula tak banyak. RM100 – RM200 sebulan tu rasa dah banyak sangat.

Tahun 2018

Rasa boleh bernafas sikit. Kereta Honda Jazz saya serahkan kepada kakak di Perak untuk guna dan sambung bayar. Saya pakai kereta Proton Saga 2nd hand yang saya guna untuk kereta sewa sebelum ini. Loan semua saya combine dalam hutang peribadi. Jadi saya anggap tak ada komitmen baru. Income bisnes PG naik sikit-sikit, konsisten. Sampai satu masa, ia melebihi keperluan saya. Saya tambahkan simpan emas dengan buat EPP10 untuk 50 gram.

Tahun 2019

Saya fokus buat EPP10 untuk 50 gram. Ada duit lebihan saya bayar tak sampai 5 kali dah habis EPP10. Bila habis bayar satu EPP, saya buat EPP10 50 gram yang baru. Sampai 3 kali 50 gram EPP10 saya buat.

Tahun 2020

Saya jual semua emas 50 gram X 3 (total 150 gram). Duit itu saya guna buat ‘full settlement’ hutang peribadi. Alhamdulillah rasa amat puas. Hutang yang ditanggung selama 3 tahun, dan sepatutnya habis tahun 2027, saya dapat tamatkan tahun 2020. Emas yang saya jual itu pun semua dapat untung sebab harga emas naik sampai 60% daripada tahun lepas.

Alhamdulillah. Penghujung tahun 2020, saya sudah rasa selesa dengan usaha saya tahun 2016. Dengan adanya dana kecemasan yang cukup untuk 4 bulan gaji. Saya nak fokus pula sampai 12 bulan gaji.

Apa yang saya nak sampaikan di sini, bahawa emas betul-betul mengubah kedudukan kewangan saya. Daripada RM100 (0.5 gram) saya mula pada Disember 2016, saya kembangkan selama 4 tahun untuk capai bebas kewangan.

Anda pun boleh. Dan saya pasti boleh capai bebas kewangan lebih awal daripada saya.

Emas adalah alat yang sesuai untuk saya. Mungkin tak sesuai untuk orang lain. Tapi kalau anda dah bertahun-tahun kerja dan masih belum mempunyai simpanan, saya yakin emas juga paling sesuai untuk anda. Cubalah.

Saya bukan nak buka pekung kelemahan saya. Ada titik-titik keadaan yang saya tak ceritakan. Tulisan saya ini sekadar nak membuka minda anda, yang kewangan adalah tanggungjawab kita 100%. Bukan tanggungjawab kerajaan nak suap duit BPN kepada kita setiap bulan. Atau bukan juga tanggungjawab pasangan / ibubapa.

Bertanggungjawab lah dengan kedudukan kewangan anda bermula hari ini. Takkan nak pencen tapi duit pencen masih nak kena bayar hutang.

Hilmi Ya’kub
Pasir Mas