Mohd Hilmi Ya'kub

Berkongsi Kewangan & Simpanan Emas

Perbezaan Akaun GAP Public Gold dan Akaun Emas Bank

Apa perbezaan simpan emas di akaun Gold Accumulataion Program (GAP) Public Gold dan akaun emas di bank?

Soalan ini sering saya terima kerana mereka yang bertanya pernah membuat simpanan emas dalam akaun emas bank-bank yang ada perkhidmatan akaun emas.

Secara umum, semua emas bagus dan perlu untuk disimpan oleh setiap orang. Selagi emas yang kita simpan itu adalah berketulenan 999.9 atau 24 karat, dan walaupun dalam akaun tapi kita boleh keluarkan dalam bentuk emas fizikal bila-bila masa. Saya tiada masalah.

Tapi bila kita pergi lebih mendalam, tambahan pula ada banyak pilihan akaun emas yang ada di Malaysia sekarang, ini kita kena buat sikit kajian. Perkongsian saya ini mungkin akan membantu anda mencari keputusan terbaik.

Pertama,

Kita nak simpan emas di mana? Saya fokuskan perbincangan kepada akaun emas saja. Saya tak sentuh emas fizikal dalam artikel ini.

Akaun emas yang ada di bank diuruskan oleh sebuah bank. Bank fokus utamanya adalah keuntungan dan terikat dengan Bank Negara Malaysia (BNM). Bank juga tidak sediakan ejen atau dealer yang akan bimbing dan bagi ilmu kepada pelanggannya. Tambahan pula, pelanggan mesti berurusan waktu pukul 9 pagi hingga 4.30 petang, itu saja. Jika pelanggan perlukan apa-apa bantuan mengenai emas pada waktu lain, tidak boleh buat apa-apa.

Berbeza dengan Public Gold, sebuah syarikat yang fokus kepada perniagaan emas. Public Gold tak terikat dengan BNM dan urusniaga Public Gold adalah telus. Public Gold melatih para dealer untuk membimbing dan memberi pendidikan emas percuma kepada pelanggannya. Pelanggan tidak perlu bayar 1 sen pun kepada dealer. Tapi pelanggan boleh dapatkan panduan daripada dealer 24 jam kalau dealer bersedia. Dealer membantu secara sukarela, dalam masa yang sama ada sedikit komisen yang Public Gold berikan kepada dealer yang aktif membantu orang ramai menyimpan emas.

Kedua,

Cawangan untuk berurusan. Dengan bank, setakat pemerhatian saya, tak semua cawangan bank yang ada servis akaun emas dapat sediakan perkhidmatan ini. Dengan kata lain, walaupun bank A yang sama, tapi ada cawangan bank A yang tidak boleh keluarkan emas fizikal daripada akaun.

Dengan Public Gold, walaupun terhad 18 cawangan saja, tapi semua cawangan ini ada emas dan kita boleh berurusan jual beli di semua cawangan tersebut.

Cawangan Public Gold seluruh Malaysia dan Indonesia

Ketiga,

Pendidikan ilmu emas. Ini paling penting. Setakat saya kenal emas tahun 2016, saya tak pernah dengar atau nampak bank yang ada servis jual emas buat seminar dan kursus mengenai emas. Anda pernah dengar? Tak ada kan.

Public Gold sebaliknya setiap minggu sediakan seminar emas PERCUMA untuk orang ramai kenal emas. Semua 18 cawangan ada seminar. Setiap bulan, hampir 100 seminar emas disediakan oleh Public Gold. Inilah rahsia kenapa Public Gold dapat bertahan sehingga sekarang, 11 tahun dalam industri (2019).

Saya sedang menyampaikan seminar emas mingguan di Public Gold Kota Bharu

Saya sedang menyampaikan seminar emas mingguan di Public Gold Kota Bharu

Selain itu, semua buku judul emas di Malaysia ditulis oleh dealer Public Gold. Sebut saja buku emas apa, pasti anda akan jumpa kaitan mereka dengan Public Gold.

Antara buku yang terbaik tentang emas ditulis oleh dealer Public Gold

Saya rasa, dengan 3 sebab ini, saya dan ratusan ribu pelanggan Public Gold lain pilih Public Gold adalah tepat.

Hilmi Ya’kub

Master Dealer Public Gold

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Tentang Website

Berkongsi pengetahuan tentang ilmu kewangan dan simpanan emas yang betul dan patuh syariah kepada semua golongan lapisan masyarakat.

Hubungi Saya

Name
Hilmi Ya’kub

Contact Number
+6010-9610838

Link Whatsapp
Klik Sini 

Kategori

2 CARA MUDAH BELI EMAS

 

[1] BELIAN BIASA – Beli dan terus dapat emas, bayar secara online, dan ambil emas di cawangan Public Gold terdekat. KLIK untuk daftar percuma dan order secara online, atau terus beli di cawangan Public Gold dan beritahu nama Mohd Hilmi Ya’kub, kod dealer PG00090259 sebagai INTRODUCER untuk dapatkan bimbingan daripada saya selepas belian.

[2] AKAUN EMAS GAP – Beli dan simpan dengan Public Gold secara percuma, minimum 1 gram. Kumpul sedikit demi sedikit, dan boleh keluar emas itu (untuk disimpan sendiri) pada bila-bila masa di cawangan Public Gold terdekat. KLIK untuk maklumat lanjut tentang Akaun Emas GAP.

Untuk pembelian pertama, ikut langkah di bawah:

(a) Masukkan Duit

Bank-in / online transfer / ATM transfer duit ke akaun atas nama Public Gold Marketing Sdn. Bhd. di bawah berdasarkan harga per gram GAP harian di www.publicgold.com.my:

♢ 5571 3923 8048 (Maybank) (GAP)
♢ 5071 3410 4563 (Maybank)
♢ 3167 52 0833 (Public Bank)

(b) Wassap Maklumat Belian

Wassap maklumat di bawah dan attach slip bayaran ke nombor handphone Public Gold di +6017-2262916:

¤ Nama Penuh
¤ No. Kad Pengenalan
¤ No. Telefon
¤ Email
¤ Jumlah Bayaran
¤ Tarikh dan Masa Bayaran
¤ Introducer : PG00090259 Mohd Hilmi

(c) Semak GAP Statement

Tunggu Public Gold proses dalam masa 2 hari bekerja. Kalau dah terima email USERNAME, login website untuk semak GAP Statement selepas 2 HARI BEKERJA. Gunakan nombor Kad Pengenalan 12 digit sebagai PASSWORD.

Apa-apa persoalan, wassap saya +6010-9610838 (Hilmi).

Copyright © 2020 Mohd Hilmi Ya'kub