Pengalaman saya sendiri Withdraw GAP menggunakan Gold In Transit (GIT), pos emas dan perak berinsuran Public Gold.

Saya buat request di MY GAP New Site pada 27 Feb 2021, barang selamat sampai pada 7 Mac 2021 (9 hari).

Cara nak buat:

1. Nak withdraw berapa gram. GIT Withdrawal ini boleh buat maksima 5 dinar (21.25 gram) dan 20 gram.

2. Cukupkan gram dan ada baki 1 gram dalam akaun GAP. Contoh saya nak withdraw 20 gram, saya kena cukupkan 21 gram.

3. Login MY GAP > klik Go To New Site > klik Menu > GIT Withdrawal > Klik item yang nak withdraw > Klik Add to cart > klik simbol troli atas sebelah kanan > Kemaskini alamat dan no hp > Proceed TAC no akan di hantar di SMS > buat bayaran dengan FPX > Selesai.

Caj GIT selaras RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk Sabah & Sarawak.
+ Gold Premium ikut item.

Kenapa kena guna GIT Withdrawal:
1. Jimat masa tak perlu tunggu appointment di branch
2. Tak perlu keluar rumah
3. Tak perlu tanya stok di branch sebab HQ yang uruskan GIT ini
4. Dilindungi insuran 100% kalau ada apa-apa terjadi kepada barang tidak sampai

Jom gunakan GIT