Peluang Ataupun Tuah?

1 March 2018 0 By Hilmi Ya'kub

Ada orang anggap tuah adalah apabila dapat harta karun ada 5 KG emas. Terus jadi kaya. Bagi bukan Muslim, mungkin fikir kena berjudi baru tahu ada tuah ke tak.

Dalam buku The Richest Man in Babylon cakap, tuah ni sebenarnya peluang. Kenapa?
Bila ditanya soalan ini kepada kawan-kawan kita, yang dapat tuah begini amat sikit. Hampir tak ada pun 1 daripada 100 kawan kita yang bertuah.

Lagipun, bila ada orang yang dapat duit sebab tuah dengan segera macam dapat pampasan kematian pasangan, dapat berpuluh ribu. Adakah dia akan jadi kaya? Tak. Banyak kajian yang cakap bila kita kaya segera, duit tu pun habis segera. Sebab dia tak reti nak urus duit banyak.

Jadi tuah sebenarnya peluang. Peluang semua orang ada, tapi mungkin terlepas. Sebenarnya itulah tuah. Tuah yang kita tak anggap sebagai tuah.

Contoh peluang yang terlepas. Orang offer beli hartanah yang murah, kita dah tahu tempat tu akan ada potensi besar untuk pelaburan. Tapi tak jugak beli sebab masa tu duk fikir nak beli kereta la, jadi peluang terlepas. Orang lain beli dulu.

Sama jugak emas. Bila harga emas turun, inilah sebenarnya tuah yang menjadi peluang untuk kita mulakan simpanan emas. Tapi kita fikir emas tak penting lagi sekarang. Masa duit jatuh nanti baru kena beli emas. Dah tentu nanti kita akan menyesal. Inilah tuah yang kita abaikan.

Beli benda lain dulu, nanti ada duit lebih baru buat simpanan emas. Duit sekarang nak pergi hoiday dulu, nak beli henfon dulu, nak beli itu ini dulu. Pastu bila harga emas dah naik tinggi, konfem terlepas harga murah RM182 / gram macam hari ni lagi, kawan.

Jadi, nak tunggu tuah, mungkin kita tak pernah bertuah. Tapi kalau peluang tu kita anggap sebagai tuah, ia selalu ada. Kita nak grab tuah tu atau tidak je, kawan.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia nampak bila-bila. Hehe. Boleh ubah peribahasa ni.

:: Tulisan ini adalah olahan daripada buku The Richest Man in Babylon (Fickel Fate Won’t Make You Rich)