Mohd Hilmi Ya'kub

Berkongsi Kewangan & Simpanan Emas

Orang Kaya Sebenar Tak Tunjuk Kekayaan

Perkara menarik bila saya kenal para mentor kewangan dan jutawan senyap, mereka tak suka tonjolkan kemewahan yang mereka miliki kepada orang awam.

Kalian pernah tengok pakar kewangan Azizi Ali post gambar kereta mewah dia di FB? Soalan lebih menarik lagi, kalian tahu dia pakai kereta apa?

Sama jugak mentor-mentor kewangan yang saya ikuti dalam bisnes.

Hari itu, saya hadir seminar hartanah. Speaker tunjukkan gambar kereta proton Saga model lama beliau dalam slide ceramah. Pada saya, tahap kewangan beliau sudah capai ‘financial freedom’ dan mungkin jutawan juga.

Dia tanya audien, korang tahu tak saya pakai kereta apa sekarang? Semua senyap. Dia kata, “Saya pernah post kereta Proton Saga ini sekali je di fb saya. Itu pun sebab saya nak bagi motivasi kat fresh grad, kereta ini adalah kereta ayah saya yang saya bayar lepas tamat belajar dulu. Kereta ini saya masih pakai sampai sekarang.”

Persoalan beliau pakai kereta apa tak terjawab sampai habis seminar. Memang begitu lah sifat orang kaya yang saya jumpa.

Suatu ketika dulu, kita tengok banyak katalog syarikat jualan langsung, mereka letakkan gambar-gambar tokoh bisnes mereka yang telah berjaya bergambar di sebelah kereta idaman mereka. Dengan pintu sebelah driver terbuka, konon itulah gaya jutawan.

Seolah-olah kereta tersebut adalah tahap pencapaian mereka sekarang. Maka ramailah anak didik mereka bekerja keras kerana nak dapatkan sebiji kereta idaman.

Kawan-kawan, bila saya baca buku-buku kewangan, sebenarnya simbol kekayaan yang berada pada diri kita itu bukan erti sebenar kekayaan.

Simbol-simbol kekayaan seperti jam mahal, kereta mewah, dan sebagainya adalah palsu. Orang yang suka tonjolkan kekayaan palsu ini seolah-olah dia perlukan nilai palsu tambahan untuk memberi nilai kepada diri dia. Sedangkan kalau mereka dah rasa diri bernilai, tak perlu lagi simbol kekayaan palsu tersebut!!.

Hakikatnya, orang kaya sebenar adalah lebih banyak bermanfaat kepada orang lain. Buat kebajikan itu dan ini. Harta mereka dikongsi. Sebab itu rezeki mereka sentiasa melimpah ruah tak cukup makan….

Dah lama saya tulis posting ini. Taip dan simpan. Kadang-kadang olah ayat sikit demi sikit. Tak jadi nak post di fb. Hari ni saya berjaya post di fb. Moga bermanfaat yaaa.

Hilmi Ya’kub
Bukan orang kaya

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Tentang Website

Berkongsi pengetahuan tentang ilmu kewangan dan simpanan emas yang betul dan patuh syariah kepada semua golongan lapisan masyarakat.

Hubungi Saya

Name
Hilmi Ya’kub

Contact Number
+6010-9610838

Link Whatsapp
Klik Sini 

Kategori

2 CARA MUDAH BELI EMAS

 

[1] BELIAN BIASA – Beli dan terus dapat emas, bayar secara online, dan ambil emas di cawangan Public Gold terdekat. KLIK untuk daftar percuma dan order secara online, atau terus beli di cawangan Public Gold dan beritahu nama Mohd Hilmi Ya’kub, kod dealer PG00090259 sebagai INTRODUCER untuk dapatkan bimbingan daripada saya selepas belian.

[2] AKAUN EMAS GAP – Beli dan simpan dengan Public Gold secara percuma, minimum 1 gram. Kumpul sedikit demi sedikit, dan boleh keluar emas itu (untuk disimpan sendiri) pada bila-bila masa di cawangan Public Gold terdekat. KLIK untuk maklumat lanjut tentang Akaun Emas GAP.

Untuk pembelian pertama, ikut langkah di bawah:

(a) Masukkan Duit

Bank-in / online transfer / ATM transfer duit ke akaun atas nama Public Gold Marketing Sdn. Bhd. di bawah berdasarkan harga per gram GAP harian di www.publicgold.com.my:

♢ 5571 3923 8048 (Maybank) (GAP)
♢ 5071 3410 4563 (Maybank)
♢ 3167 52 0833 (Public Bank)

(b) Wassap Maklumat Belian

Wassap maklumat di bawah dan attach slip bayaran ke nombor handphone Public Gold di +6017-2262916:

¤ Nama Penuh
¤ No. Kad Pengenalan
¤ No. Telefon
¤ Email
¤ Jumlah Bayaran
¤ Tarikh dan Masa Bayaran
¤ Introducer : PG00090259 Mohd Hilmi

(c) Semak GAP Statement

Tunggu Public Gold proses dalam masa 2 hari bekerja. Kalau dah terima email USERNAME, login website untuk semak GAP Statement selepas 2 HARI BEKERJA. Gunakan nombor Kad Pengenalan 12 digit sebagai PASSWORD.

Apa-apa persoalan, wassap saya +6010-9610838 (Hilmi).

Copyright © 2020 Mohd Hilmi Ya'kub