1. Air mineral ni tak perlu ropo untuk kelihatan menarik. Transparen, kita nampak warna apa dalam botol.

2. Air mineral tak perlu pakaging cantik untuk orang beli. Memang orang akan cari. Harga murah sampai mahal pun orang beli jugak.

3. Walaupun tak ada ropo, air mineral lebih sihat berbanding minuman bikarbonat, kordial dan segala macam minuman yang nampak cantik di luar. Dalamnya tersimpan pelbagai ‘penyakit’. Kencing manis memang dekat sekali dengan minuman yang luar cantik tu.

4. Nilai air mineral lebih mahal walaupun harganya jauh lebih murah daripada minuman berperisa. Minuman berperisa lain, harga memang mahal, tapi nilai belum tentu. Dua-dua nak hilangkan dahaga jugak.

5. Begitulah kita, kalau sudah ada nilai yang mahal dalam diri, tak perlu simbol kekayaan untuk orang nampak kaya. Tak perlu pakai kereta mahal harga ratusan ribu. Tak perlu pakai pakaian berjenama sangat. Sebab nilainya sudah ada pada diri kita. Bukan pada simbol yang palsu!!

HY, Kuching