Cara dia mudah saja.

  1. Cipta lebihan tunai pendapatan RM1000 sebulan (untung bisnes atau apa saja sumber pendapatan kedua, ketiga dan seterusnya).
  2. Buat belian emas 50 gram yang bayar secara Easy Payment Purchase (EPP) selama 10 bulan.
  3. Ulang langkah 2 sehingga jumlahnya jika ditukar kepada wang tunai menyamai nilai hutang kita.

Contoh hutang kereta RM50k. Buat belian 50 gram bayaran EPP 10 sebanyak 5 kali. Anda akan ada 250 gram emas dalam masa 4 tahun.

  1. Cukup 4 tahun, jual semua emas 250 gram itu dan setelkan hutang kenderaan atau hutang peribadi anda. Dan selepas 4 tahun, saya pasti harga emas boleh naik berkali ganda daripada harga hari ini.

Silap haribulan, masih ada banyak baki selepas setelkan hutang kalau harga emas naik macam gunung seperti sekarang.

“Betul ke boleh?”

Saya tengah buat sekarang, pasti boleh. Saya nak ajak anda buat sama-sama dengan saya.

Soalan: Kenapa tak simpan duit je RM1000 sebulan, kenapa perlu emas?

Sebab emas boleh bantu duit itu tidak bocor. Simpan RM1000 sebulan, selepas 10 bulan masih ada RM1000 itu tak jadi apa!

Hilmi Ya’kub