Nak Kaya, Menyimpanlah

Menyimpan sebahagian duit gaji adalah kaedah yang paling selamat untuk menjana kekayaan.

Pakar kewangan ada berkata, bukan besarnya gaji kamu, tapi berapa besar simpanan kamu.

Yang membezakan antara yang bergaji besar atau kecil adalah banyak mana simpanan kita.

Jika mat despatch boleh menyimpan RM500 daripada gajinya setiap bulan, dan kita yang pegawai ini boleh menyimpan RM500 juga dari gaji RM5000 sebulan, dia dan kita adalah sama.

Simpanan yang paling kukuh dan kalis boros adalah emas. Sebab emas sudah dibuang nombor RM padanya. Saya yakin, sesiapa yang pernah beli emas bulan lepas 1 gram, bulan ini dia sudah lupa berapa harga 1 gram masa dia beli.

Melainkan dia catat setiap kali dia tukarkan duit kepada gram emas. Inilah sifat ‘forgotten saving’ yang paling berkesan.

Mohd Hilmi bin Ya’kub

Author: Hilmi Ya'kub

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *