Saranan menyimpan sebahagian duit ini bukan baru sekarang je kita dengar. Tapi zaman Nabi Yusuf dulu pernah berlaku kemarau yang panjang.

Raja Mesir bermimpi melihat tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk di makan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh (gandum) yang hijau dan tujuh lainnya yang kering.

Raja Mesir itu teringat akan Nabi Yusuf yang sedang ditahan dalam penjara. Ada berita sampai kepada raja itu yang Nabi Yusuf mahir dalam tafsir mimpi.

Lalu raja itu menemui Nabi Yusuf dan bertanya tentang apakah maksud mimpi beliau itu. Nabi Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu tuai biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.

Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemaraun yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih)”.

Ini adalah maksud ayat al-Quran dari Surah Yusuf ayat 47 – 49.

Nah. Inilah yang Nabi Yusuf tafsirkan dan peristiwa kemarau tujuh musim yang panjang ini betul-betul terjadi. Akibat kemarau inilah hikmahnya adik beradik Nabi Yusuf datang menemui Banginda dan mengaku Nabi Yusuf adalah adik mereka. Ini kerana mereka perlukan bekalan makanan akibat tidak cukup masa kemarau.

Apa yang saya sarankan simpan sebahagian duit dalam bentuk emas supaya simpanan kita melekat itu kerana ini lah. Kalau sekarang kita nak simpan beras, ia rosak. Nak simpan duit, risau terbelanja.

Maka anggapkan gandum yang masih melekat di tangkai itu adalah emas. Simpan dan lupa. Waktu ‘kemarau’ ia akan berguna. Kita sudah pun berada dalam musim ‘kemarau’ akibat pandemik Covid-19.

Selapas ini kita tak tahu apa lagi bentuk kemarau yang Allah nak bagi. Jadi emas adalah penyelamat bila tiba waktu kemarau itu.

Hilmi Ya’kub