Saya dapat ramai prospek pelanggan emas yang perlu penerangan dari A sampai Z.

Tapi ramai juga yang saya terangkan A sampai C je, terus mula.

Persoalannya kena faham sampai Z dulu ke baru mula?

Pengalaman saya sendiri, bila saya mula tindakan menyimpan emas tahun 2016, saya hanya ada sikit ilmu emas masa itu sebab ikuti seminar emas. Dan seminar itu pun saya sempat ikuti separuh saja sebab datang lewat.

Selepas habis seminar, saya terus buat tindakan untuk mula dengan RM100 akaun GAP Public Gold. Kalau ikutkan saya baru faham A je. B – Z belum tahu. Saya boleh letak 1001 alasan tak mula lagi sebab tak faham.

Tapi dengan kuasa Power of Now saya buat dengan mula dulu RM100, saya cepat faham lebih mudah daripada orang lain. Saya belajar tentang sistem di Public Gold dengan amat pantas.

Saya dimasukkan dalam support group whatsapp yang semua otai lama dalam group itu. Kadang-kadang soalan yang mereka ajukan, saya yang tolong jawabkan.

Jadi, nasihat saya:

✅ Bila sudah faham sikit kepentingan emas, terus bermula walaupun dengan RM100. Iyya RM100 itu memang jadi emas kita 100%, tapi anggaplah ia sebagai yuran kepandaian kita.

✅ Ilmu emas cukup luas. Kalau kita nak ilmu emas yang cukup dalam overnight, ia MUSTAHIL. Perlukan masa untuk hadam.

✅ Bila sudah ada dealer yang kompeten membantu kita, usah risau. Dia tak akan jadikan kita rugi dalam menyimpan emas.

✅ Sistem Public Gold berkembang dengan cukup pantas. Kita tanya dealer tahun lepas pasal emas, lepas itu tahun ini baru nak mula, apa yang kita tanya tahun lepas mungkin sudah laput.

Akhirnya, mula dulu tindakan, kefahaman akan datang sikit-sikit. Teruskan gali dan gali ilmu emas. Kita tak perlu lombong dari tanah, hanya kena lombong dari Google saja.

Nak tahu Public Gold patuh Syariah, search ‘Sijil Patuh Syariah Public Gold’.

Nak tahu apa itu akaun GAP Public Gold, search ‘GAP Public Gold’

Nak tahu bentuk emas jongkong Public Gold, search ‘Goldbar Public Gold’

Nak tahu bentuk Dinar Public Gold, serach ‘Dinar Public Gold’.

Nak tahu cawangan terdekat Public Gold, search ‘cawangan terdekat Public Gold’.

Adui. Takkan semua nak kena bagitau.

Harga emas tak menunggu kita. Semalam RM256. Hari ini sudah RM259. Nak tunggu sampai harga RM270? Silakan. Saya gerak lu.

Hilmi Ya’kub