Hari ini saya tengok harga emas naik tinggi. Saya kira-kira, goldbar 50 gram yang saya beli pada bulan Jun 2019 sudah dapat keuntungan sehingga 16%.

Saya beli 50 gram dengan harga RM9609 termasuk Gold Premium

Saya rasa ini masanya untuk saya jual.

Baik. Ikuti langkah seperti dibawah jika anda berniat nak jual emas Public Gold. Hanya yang ada PG code saja boleh buat cara ini dan hanya emas keluaran Public Gold.

Mula-mula saya tengok di website Public Gold www.publicgold.com.my dengan fokus kepada PG Buy seperti dalam gambar di bawah. PG Buy maksudnya harga Public Gold beli balik dengan kita.

Dan saya tengok pada harga PG Buy 50 gram, RM11,150.

Harga PG Buy untuk 50 gram adalah RM11,150

Saya setuju dengan harga ini, saya ke Menu, dan saya klik Order.

Klik Order



Selepas klik Order, ada 3 pilihan untuk Order. Saya pilih Buyback Order.

Klik Buyback Order

Kemudian anda akan dihantar ke tetingkap pilihan item yang kita nak jual.

Pilih item yang kita nak jual. Seperti saya, saya nak jual 50 gram Bungamas. Saya search Bungamas. Saya klik 50 gram. Harga terkini PG Buy pun ada terpapar di situ.
Klik List
Klik Proceed to Next Page

Pilih branch PG yang kita nak hantar item. Dan pastikan maklumat bank betul. Duit akan masuk ke dalam bank ini.
Klik ✅ dan Place Buyback. 1 emel akan dihantar kepada emel anda sebaik selesai Buyback order.
Inilah emel invois Buyback yang anda akan terima
Alhamdulillah, dalam masa 24-48 jam, duit masuk dalam akaun bank yang kita set kan.
Walau berapa pun emas yang kita nak jual balik kepada Public Gold, pasti diterima. Ini 5 kilogram punya.

Saya jual emas saya atas pertimbangan berikut. Jangan suka-suka hati jual tanpa sebab ya.

1. Saya beli 50 gram ini adalah untuk saya selesaikan hutang peribadi saya yang masih ada RM30k baki. Saya nak setelkan awal dengan cara saya disiplin menyimpan dalam bentuk emas.

2. Saya jual sebab harga sudah naik melebihi keuntungan 15%. Kata Azizi Ali, pelaburan terbaik pun kenaikan tak melebihi 20%. Jadi saya punya 16% sedan-sedan la kan. Hihi.

3. Saya ada lagi lebihan baki simpanan emas yang cukup 3 bulan gaji jika saya terdesak untuk jual pada masa akan datang.

Hilmi Ya’kub