Hah. Tajuk macam klise sangat. Hari ini (28 Januari 2020) saya place order 20 gram goldbar 2 keping untuk pelanggan saya. Harga dia RM10,508 untuk 40 gram itu.

Invois 20 gram pelanggan saya pada 28 Januari 2021

Saya teringat, pada hari yang sama hari ini 28 Januari tapi tahun lepas, saya beli 50 gram dengan harga RM10,850.

Invois 50 gram saya pada 28 Jan 2020

Selang setahun, duit yang saya guna untuk beli 50 gram tahun lepas tak boleh lagi beli 50 gram yang sama. Saya hanya dapat beli 40 gram.

Saya ‘dicuri’ 10 gram itu yang nilai dia hari ni RM2700. Saya hilang RM2700 setahun!.

Inilah yang dimaksudkan dengan inflasi yang merompak duit saya kalau saya tak tukar kepada emas tahun lepas.

Inflasi adalah perompak duit kita secara terhormat. Ia macam anai-anai yang makan kayu dinding rumah, lama kelamaan dinding mereput sendiri.

Masa itu kita dah tak sempat nak buat apa-apa dah. Nak beli ubat anai-anai tak boleh dah.

Kalau anda faham perumpamaan saya ini, saya doakan anda akan jadikan emas sebagai back-up kewangan anda cepat-cepat. Tukarkan 10-30% daripada pendapatan, simpanan atau apa saja yang bergantung kepada wang kertas.

Jangan biarkan duit kita dirompak lagi.

Kita tengok 28 Januari tahun depan dengan RM10 ribu mungkin dapat beli 30 gram emas saja.

Hilmi Ya’kub

GLT