Sebelum April 2015, Public Gold keluarkan emas sendiri 100% di kilang kat Pulau Pinang.

Tapi bila GST diimplemen pada 1 April 2015, Public Gold mencari jalan supaya emas Public Gold tidak dikenakan GST.

Lalu kerajaan Malaysia menetapkan kalau ada akreditasi London Bullion Market Association (LBMA), GST dikecualikan. Ini komitmen PG untuk pastikan pelanggan beli emas dengan lebih murah 6%.

Solusinya, PG berjaya dapatkan pengilang Nadir Metal Rafinèry di Turki yang mendapat pengiktirafan LBMA untuk menempa emas.

Bermula dari situ, Public Gold ada pilihan goldbar Bunga Mas & Taifook di buat di Malaysia ada GST 6%, dan LBMA tiada GST. Masa itu Bunga Mas & Taifook tidak mendapat sambutan sebab mahal 6%.

Sekarang GST dah tak ada. Harga sama saja dengan Bunga Mas dan goldbar LBMA.

Kekurangan LBMA, stok lambat sikit sebab dari Turki. Dan shipping hanya 1 kali sebulan.

Kelebihan LBMA, ia diiktiraf di seluruh dunia.

Moga bertambah ilmu kita.

Hilmi Ya’kub