Mohd Hilmi Ya'kub

Berkongsi Kewangan & Simpanan Emas

Komitmen Hutang Bertambah Selepas Bekerja

Mula-mula kerja saya tiada masalah kewangan, pertengahan tahun 2011. Sama macam fresh graduate yang lain. Hutang selepas grad ada satu je iaitu pinjaman pelajaran Yayasan Kelantan (YAKIN) tapi masih belum kena bayar. Saya mula bayar selepas setahun habis belajar.

Saya pergi kerja di Universiti Malaya masa itu pun pakai motosikal yang saya guna masa study di UIA dulu. Motor tak ada hutang. Pendek kata, saya tiada apa-apa komitmen kewangan. Tiada masalah kewangan.

Tahun berikutnya terasa ingin pakai kereta. Selepas berbincang dengan ahli keluarga, maka saya bersetuju beli sebuah kereta terpakai dengan komitmen bawah RM500 sebulan. Ada bantuan sikit sebanyak daripada ibubapa dan adik beradik untuk cover downpayment, maka dapatlah bayar bulanan sebanyak itu. Simpanan sendiri tiada.

Masa berlalu.. saya buat personal loan. Mula dengan sikit sikit je. Asal personal loan ni macam ni. Kawan-kawan yang kerja kerajaan ni ada borak-borak, saya dengar. Diorang kata, kenaikan gaji nanti buat personal loan. Jadi, loan kita itu kita bayar dengan kenaikan gaji tersebut. Kan setiap tahun ada naik setangga gaji. Saya, dengan zero ilmu kewangan terpengaruh. Daripada sikit tadi, rasa best pulak buat personal loan. Tetiba tak perasan ia dah banyak. Saya masih tak sedar saya ni buta kewangan.

Tahun 2015, saya beli rumah yang harga dia berpatutan, tapi tanpa saya cari ilmu hartanah dulu. Sebab saya fikir sebelum umur 30, kena beli rumah. Inipun ikut cakap orang jugak. Lepas setel pemilikan rumah, dalam masa 5 bulan, saya jual kereta terpakai yang saya beli dulu dan beli kereta baru, full loan!! Gabung komitmen hutang saya untuk 2 loan ni, sudah makan separuh daripada gaji saya.

Saya mula terbeban. Bayaran bulanan saya tak pernah miss. CCRIS saya elok. Tapi saya tak boleh nak bernafas tenang. Ilmu kewangan masih kosong. Duit simpanan saya gagal nak buat. Hampir setahun saya mencari jalan. Saya buat banyak bisnes. Ejen stevia, kereta sewa, jual kain batik Sarawak, jual kek lapis Sarawak. Setiap bisnes ini saya buat FB page sendiri kecuali kereta sewa diuruskan oleh rakan niaga saya. Saya tak pernah up apa-apa status mengenai bisnes tersebut di FB peribadi kerana mindset saya masa tu, saya ‘malu’ orang tahu saya buat bisnes.

Masih rasa tak berapa nak lega lagi. Saya nak bebas hutang!! Saya bosan dengan komitmen yang memakan separuh daripada gaji saya. Itulah permulaan saya terjumpa buku Zero Hutang tulisan Tuan Mohd Zulkifli Shafie, yang akhirnya menjadi guru kewangan saya dan mentor saya dalam bisnes Public Gold.

Saya baca buku itu dengan sepenuh hati. Baca dengan pencarian, ‘aku nak bebas hutang’. Secepat yang mungkin, tapi BUNTU. Saya rasa buku itu datang tepat pada masa yang saya amat memerlukan. Muka demi muka saya hadam. Antara banyak mesej buku ini, adalah EMAS. Ya, EMAS. Apa kaitan emas dan hutang? isinya emas membina tabiat menyimpan. Emas emosinya pada menyimpan. Selamatkan kewangan dengan emas. Berpusu-pusu input mengenai emas masuk dalam kepala saya. Saya baca dan baca, tanpa saya kenal penulis ini adalah dealer Public Gold.

Dari situlah pencarian saya mengenai emas bermula. Saya belajar ilmu kewangan selepas itu sedikit demi sedikit. Baca buku, hadir seminar, follow fb para sifu kewangan (emas, hartanah, UT dan sebagainya). Ya, hutang saya masih ada. Komitmen masih sama. Hutang rumah masih berbaki, hutang kereta itu pun masih banyak. Tapi saya dah rasa lega sebab saya ada jalan penyelesaian. Saya sudah pandai buat matlamat kewangan. Saya ada sasaran kewangan sendiri. Saya faham, tiada alat magic nak setelkan masalah kewangan. Hutang tetap kena bayar. Dan menariknya ia kena bayar dengan duit kita sendiri. Bukan duit orang lain.

Saya kenal emas kerana saya mencari. Tiada siapa yang sogok paksa saya nak simpan emas. Ia bermula dengan penuh kerelaan hati saya, dari hari pertama saya kenal emas. Sekarang, dengan semangat dari hari pertama itu, saya bawa sehingga ke hari ini, saya nak sedarkan seberapa ramai orang menyimpan emas dan baiki tahap kewangan mereka dengan ilmu.

Saya mula kenal penulis buku En Mohd Zulkifli Shafie selepas berjumpa beliau masa seminar emas di Kuching pada 8 Julai 2017.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Tentang Website

Berkongsi pengetahuan tentang ilmu kewangan dan simpanan emas yang betul dan patuh syariah kepada semua golongan lapisan masyarakat.

Hubungi Saya

Name
Hilmi Ya’kub

Contact Number
+6010-9610838

Link Whatsapp
Klik Sini 

Kategori

2 CARA MUDAH BELI EMAS

 

[1] BELIAN BIASA – Beli dan terus dapat emas, bayar secara online, dan ambil emas di cawangan Public Gold terdekat. KLIK untuk daftar percuma dan order secara online, atau terus beli di cawangan Public Gold dan beritahu nama Mohd Hilmi Ya’kub, kod dealer PG00090259 sebagai INTRODUCER untuk dapatkan bimbingan daripada saya selepas belian.

[2] AKAUN EMAS GAP – Beli dan simpan dengan Public Gold secara percuma, minimum 1 gram. Kumpul sedikit demi sedikit, dan boleh keluar emas itu (untuk disimpan sendiri) pada bila-bila masa di cawangan Public Gold terdekat. KLIK untuk maklumat lanjut tentang Akaun Emas GAP.

Untuk pembelian pertama, ikut langkah di bawah:

(a) Masukkan Duit

Bank-in / online transfer / ATM transfer duit ke akaun atas nama Public Gold Marketing Sdn. Bhd. di bawah berdasarkan harga per gram GAP harian di www.publicgold.com.my:

♢ 5571 3923 8048 (Maybank) (GAP)
♢ 5071 3410 4563 (Maybank)
♢ 3167 52 0833 (Public Bank)

(b) Wassap Maklumat Belian

Wassap maklumat di bawah dan attach slip bayaran ke nombor handphone Public Gold di +6017-2262916:

¤ Nama Penuh
¤ No. Kad Pengenalan
¤ No. Telefon
¤ Email
¤ Jumlah Bayaran
¤ Tarikh dan Masa Bayaran
¤ Introducer : PG00090259 Mohd Hilmi

(c) Semak GAP Statement

Tunggu Public Gold proses dalam masa 2 hari bekerja. Kalau dah terima email USERNAME, login website untuk semak GAP Statement selepas 2 HARI BEKERJA. Gunakan nombor Kad Pengenalan 12 digit sebagai PASSWORD.

Apa-apa persoalan, wassap saya +6010-9610838 (Hilmi).

Copyright © 2020 Mohd Hilmi Ya'kub