Hari ini saya terminate ASB loan saya RM100 ribu. Sebenarnya ini bukan ASB loan pertama saya, dan bukan kali pertama saya terminate.

Saya ada terangkan dalam tulisan sebelum ini. Klik link ini.

Sebelum itu saya minta maaf kalau ada pelawat blog saya yang ejen ASB loan.

Kenapa saya terminate?

Akhir bulan Disember lepas Azizi Ali bertalu-talu buat FB Live pasal ASB. Saya pun terpanggil lah nak tengok apa mentor wang ni cakap kan.

Jadi saya bagi tahu untuk anda kat bawah dalam bentuk 3 poin. Sungguh, ia menjadi nightmare kepada saya selagi saya tak terminate. Huhuh.

  1. Kita boleh manfaatkan ASB tapi bukan dengan hutang. Hutang tak menjadikan kita semakin kaya. Banyak hutang, bank yang untung.
  2. Azizi Ali adalah orang yang paling kuat mempromosikan ASB masa awal-awal ASB wujud dulu. Tapi bukan lagi pada hari ini. Trend agihan dividen ASB akhir-akhir ini, beliau jamin ia bukan alat pelaburan yang sesuai.
  3. Ini yang paling saya tak boleh tidur, dia kata orang kaya tak guna ASB. Huhu. Terasa tak?

Oleh kerana saya nak jadi orang kaya, jadi saya kena berlepas diri daripada ASB lebih awal.

Semua poin ini ada dalam FB Live (rakaman) di page FB Azizi Ali Mentor Wang.

Anda boleh klik link ini untuk terus menonton. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=223144605839658&id=100044323604811

Jangan tanya saya lebih-lebih pasal ASB ya. Saya bukan orangnya. Saya boleh bantu kalau anda nak simpan emas.

Hilmi Ya’kub