Mohd Hilmi Ya'kub

Berkongsi Kewangan & Simpanan Emas

Kenapa Saya Pilih Bisnes Public Gold

Sejak tahun 2017 saya mula menjadi Dealer Public Gold, saya tak toleh ke belakang. Saya terus berlari dan menggali ilmu emas dan bisnes sebanyak mungkin. Saya sudah buat pilihan tepat untuk bangunkan bisnes pasif yang senang dan selamat.

Kenapa saya kata senang dan selamat?

Dealer Public Gold hanya perlu berkongsi ilmu mengenai emas saja. Bila ada orang berminat nak beli emas, dia beli dengan kita sebagai introducer, Public Gold akan bagi upah kepada kita 1-2% setiap kali mereka beli. Ya, setiap kali. Orang itu sudah ‘terikat’ sebagai pelanggan kita selama-lamanya. Bila kita sudah ajar mereka cara nak beli, jual dan apa saja berkenaan emas, mereka akan buat sendiri tanpa bantuan kita lagi. Tapi menariknya, Public Gold akan terus bagi komisen kepada kita jika mereka beli.

Sepanjang saya jadi dealer Public Gold, saya tak pernah jual emas saya kepada pelanggan. Saya suruh pelanggan berurusan terus dengan staf ataupun cawangan terdekat mereka. Ini bagi mengelak sebarang keraguan dalam urusan bisnes saya. Saya nak bina bisnes yang besar dan bertahan lama. Kalau saya uruskan sendiri seorang-seorang, saya tak boleh buat kerja lain.

Sebagai Dealer, kita hanya mengajar orang tentang emas. Perkara lain semua diuruskan oleh Public Gold. Dealer tak perlu risau tentang pengeluaran produk. Itu semua biar Public Gold yang rancang. Terbaru Public Gold keluarkan desain yang amat cantik untuk jongkong emas LBMA dan Dinar. Para dealer semua gembira dan menyambut baik.

Dealer Public Gold ini umpama ada kedai tapi semua di alam maya. PG Code kami seolah-olah kedai bergerak. Maksudnya, dealer tak perlu ada kedai fizikal yang perlu bayar staf, bayar bil utiliti dan sebagainya.

Semua cawangan yang Public Gold ada di setiap negeri di selenggara oleh Public Gold. Dealer hanya menyibuk dan menempel tumpang cawangan saja.

Public Gold juga menyediakan jual beli beli melalui system online hampir 95%. Sebab itu dealer tak perlu berjumpa dengan pelanggan untuk dapat tandatangan ke apa. Kat situ sudah jimat masa dan duit. Kalau jumpa, mesti kena belanja air minuman paling kurang.

Urusan jual beli semua boleh dibuat secara online. Cuma untuk collect stok dan bawa stok ke cawangan untuk jual atau gadai saja perlu offline. Public Gold menggunakan sistem Oracle yang boleh menampung isipadu pelanggan yang ratusan ribu orang pada setiap masa.

Inilah apa yang saya kata dipermulaan tadi, bisnes Public Gold mudah dan selamat. Tiada modal dan tak perlu kos penyelenggaraan apa-apa. Dan emas pula tiada tarikh luput. Bukan saja tiada tarikh luput, tapi nilainya akan naik untuk jangka masa sederhana dan panjang.

Konsep beli emas ini senang saja kita nak fahamkan orang. Emas adalah produk simpanan, bila kita beli emas, kita hanya alihkan saja duit kepada emas. Bukan habiskan duit.

Di bawah ini saya kongsikan 6 kelebihan sebagai dealer Public Gold:

Kalau ada bajet cukup, dan alang-alang beli emas, jadilah terus dealer Public Gold sebab dealer boleh jana keuntungan dalam semua urusniaga dan semua keadaan harga emas samada harga naik atau turun. Beli emas untuk diri sendiri untung, jual emas sendiri pun untung. Harga emas naik untung, harga emas turun mendadak lagi untung. Syaratnya, jadi dealer dan manfaatkan betul-betul posisi sebagai dealer emas Public Gold.

Berdasarkan pengalaman saya, ini 6 keuntungan paling utama sebagai dealer emas Public Gold:

1 – Rebat Belian Emas Sendiri

Untuk jadi dealer, kita kena buat belian dengan jumlah tertentu. Selalu ada promosi untuk jadi dealer Public Gold, boleh selalu tanya dealer lain atau staf Public Gold. Setiap belian kedua dan seterusnya, Public Gold akan bayar rebat 1%. Kalau buat belian seterusnya RM10,000, maksudnya dapat rebat RM100. Dah la harga emas Public Gold murah sekitar 15% berbanding kedai emas, kita jimat lagi rebat 1%. Tahap rebat ni boleh meningkat kepada 1.5% dan 2,0% mengikut tahap dealership masing-masing.

2 – Rebat Jual Balik Emas Sendiri

Kalau nak jual balik emas kita kepada Public Gold, kita dibayar rebat 0.3% atas harga jualan tersebut. Kalau jual RM10,000, dapat la RM30. Rebatnya tak banyak, tapi biasanya lepas la duit minyak pergi hantar emas tu ke cawangan Public Gold.

3 – Komisyen Introduce Pembeli

Kalau yakin betapa untungnya simpan emas, dan yakin emas Public Gold ni emas simpanan terbaik di Malaysia, jangan pentingkan diri sendiri, tapi ceritalah kepada orang lain. Kesian orang lain yang tak tahu tentang emas dan Public Gold. Lagi rugi besar kalau mereka terbeli barang kemas. Jadi ambil lah tanggungjawab introduce orang lain tentang emas dan Public Gold. Manfaatkan Facebook dan whatsapp tu. Jangan menjual, tapi niat nak sampaikan kebaikan tentang apa yang kita tahu.

Setiap orang beli emas atas recommendation kita, Public Gold akan bayar komisyen berbentuk royalti 1%, 1.5% dan 2.0% ikut level komisyen masing-masing. Setiap kali orang tu beli, setiap kali itulah Public Gold bayar royalti, hatta kalau kita mati pun, waris kita dapat nikmati pendapatan royalti tersebut. Jujur saya katakan, bentuk royalti begini yang dijanjikan oleh Public Gold sebenarnya jauh lebih baik daripada royalti yang diterima oleh seorang penulis buku!

Kalau sebulan ada orang beli RM60,000 hasil celoteh kita pasal emas di Facebook, maksudnya Public Gold bayar RM600. Ok la tu, modal ilmu dan ‘air liur’ je. Kita cuma consult dan tolong orderkan sahaja. Pembeli tu bayar dan ambil sendiri emas dari office Public Gold. Dengan duit RM600 tu, tambah lagi beberapa gram emas sebagai simpanan! Tambah simpanan setiap sebulan secara PERCUMA.

Berita paling menarik, komisyen ini akan terus dibayar oleh Public Gold sampai bila-bila selagi orang yang kita introduce itu membeli emas Public Gold. Ia boleh dijadikan sumber passive income yang bagus.

4 – Beli Emas Pada Harga Diskaun & Simpan

Kalau kita dah introduce ramai pembeli, insya Allah selepas setahun, akan ada pembeli emas nak jual emas tu sebab nak pakai duit. Masa tu, kita berpeluang beli emas pada harga “PG Buy”, iaitu harga lepas tolak spread / susut nilai 5.0% – 8.0%.

Pembeli boleh jual emas tu di office Public Gold atau jual kepada kita (dealer). Harganya sama jer ikut website. Pembeli yang dekat-dekat biasanya suka jual kepada dealer sebab boleh dapat duit on the spot. Kalau jual kepada Public Gold, duit tu akan masuk dalam masa 1 hari bekerja.

5 – Beli Emas Pada Harga Diskaun & Jual

Bila orang jual emas kepada saya pada harga diskaun “PG Buy”, kekadang simpanan emas saya dah ‘berlebihan’. Saya perlu juga stand-by duit tunai untuk beli balik emas kalau-kalau ada penyimpan emas nak pakai duit. Jadi stok berlebihan tu, saya jual bila ada pembeli baru pada harga “PG Sell” dan untung sekitar 6% – 9%! Kalau beli RM10,000, untung RM600 – RM900 tu sekejap sahaja, insyaAllah. Bukan ke itu jauh lebih baik berbanding tunggu dividen Tabung Haji dan ASB?

6 – Komisyen Overriding “Dealer”

Dalam ramai-ramai pembeli emas, mesti ada yang buat belian RM30,000 dan automatik jadi dealer. Pengalaman saya, memang ramai yang ada duit sebanyak tu. Sebelum kenal emas, mereka cuma kenal Tabung Haji dan ASB jer. Jadi jangan terkejut, urusniaga emas memang besar-besar sebab orang bukan “belanjakan duit”, tapi cuma TUKAR sahaja duit kepada emas sebab emas hakikatnya adalah duit tunai juga. Bila-bila nak pakai duit, boleh jual atau pajak jer emas tu.

Kalau dealer di bawah kita buat belian, Public Gold akan bayar “overriding commission”. Kalau orang pertama kali beli RM30,000, Public Gold bayar kita sebagai introducer RM300 (1%), atau RM450 (1.5%), atau RM600 (2%) mengikut tahap komisyen kita. Bila dealer tu buat belian kedua dan seterusnya, Public Gold bayar lagi perbezaan tahap komisyen dealer tu dengan tahap komisyen kita sebagai introducer. Sebagai Master Dealer (level 2%), Public Gold akan bayar kepada saya 1% atas belian Normal Dealer (level 1%), dan 0.5% atas belian Priority Dealer (level 1.5%). Dan komisyen ni akan terus dibayar setiap kali ada urusniaga sampai saya mati, atau dealer dan customer itu mati dulu.

Dan berita lebih baik, pendapatan saya dari Public Gold ini pula boleh diwariskan kepada isteri atau anak-anak saya jika saya meninggal dunia! Itu janji Public Gold.

Potensi Bebas Kewangan Dengan Emas?

Jadi cuba bayangkan, berapa “passive income” kalau ada lebih 1,000 customer berdaftar di bawah kita lepas beberapa tahun introduce emas? Kalau setiap orang hanya beli 1 gram 1 bulan sebagai forgotten saving, berdasarkan pengalaman saya, passive income yang akan kita nikmati tak kurang RM4,000 sebulan! InsyaAllah.

Cuba bayangkan potensi pendapatan masa depan, dan sampai bila orang akan berhenti simpan emas? Mungkin suatu hari nanti, pendapatan sebagai dealer Public Gold boleh membantu sahabat pembaca ‘pencen’ lebih awal dari apa yang dijangka, insyaAllah.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Tentang Website

Berkongsi pengetahuan tentang ilmu kewangan dan simpanan emas yang betul dan patuh syariah kepada semua golongan lapisan masyarakat.

Hubungi Saya

Name
Hilmi Ya’kub

Contact Number
+6010-9610838

Link Whatsapp
Klik Sini 

Kategori

2 CARA MUDAH BELI EMAS

 

[1] BELIAN BIASA – Beli dan terus dapat emas, bayar secara online, dan ambil emas di cawangan Public Gold terdekat. KLIK untuk daftar percuma dan order secara online, atau terus beli di cawangan Public Gold dan beritahu nama Mohd Hilmi Ya’kub, kod dealer PG00090259 sebagai INTRODUCER untuk dapatkan bimbingan daripada saya selepas belian.

[2] AKAUN EMAS GAP – Beli dan simpan dengan Public Gold secara percuma, minimum 1 gram. Kumpul sedikit demi sedikit, dan boleh keluar emas itu (untuk disimpan sendiri) pada bila-bila masa di cawangan Public Gold terdekat. KLIK untuk maklumat lanjut tentang Akaun Emas GAP.

Untuk pembelian pertama, ikut langkah di bawah:

(a) Masukkan Duit

Bank-in / online transfer / ATM transfer duit ke akaun atas nama Public Gold Marketing Sdn. Bhd. di bawah berdasarkan harga per gram GAP harian di www.publicgold.com.my:

♢ 5571 3923 8048 (Maybank) (GAP)
♢ 5071 3410 4563 (Maybank)
♢ 3167 52 0833 (Public Bank)

(b) Wassap Maklumat Belian

Wassap maklumat di bawah dan attach slip bayaran ke nombor handphone Public Gold di +6017-2262916:

¤ Nama Penuh
¤ No. Kad Pengenalan
¤ No. Telefon
¤ Email
¤ Jumlah Bayaran
¤ Tarikh dan Masa Bayaran
¤ Introducer : PG00090259 Mohd Hilmi

(c) Semak GAP Statement

Tunggu Public Gold proses dalam masa 2 hari bekerja. Kalau dah terima email USERNAME, login website untuk semak GAP Statement selepas 2 HARI BEKERJA. Gunakan nombor Kad Pengenalan 12 digit sebagai PASSWORD.

Apa-apa persoalan, wassap saya +6010-9610838 (Hilmi).

Copyright © 2019 Mohd Hilmi Ya'kub