Idea menukar duit raya anak kepada emas bermula begini.

Duit raya adalah duit anak. Bukan duit ibu/bapa. Bila duit anak, antara tabungan yang boleh dibuat untuk anak adalah tabung pendidikan.

Kos pendidikan bertambah saban tahun. Katakan sekarang kos pendidikan untuk degree adalah RM35 ribu.

Dengan inflasi yang berlaku kepada matawang Ringgit dengan purata 5% setahun, kemungkinan 18 tahun akan datang, bidang pengajian yang sama tapi kos naik jadi RM65 – RM70 ribu.

Bila berlakunya inflasi, tiada siapa dapat halang. Ia fenomena biasa kepada wang fiat.

Inilah fungsi emas memenuhi tuntutannya. Emas boleh kekalkan nilai duit walaupun beratus tahun akan datang.

Tukar duit raya kepada emas ini adalah permulaan kepada langkah yang bijak. Katakan duit raya tahun ini hanya dapat RM150, baik. Tukarkan kepada emas akaun GAP RM150 menjadi 0.5+++ gram.

0.5+++ gram itu permulaan. Bila sudah ada akaun GAP Junior atas nama anak sendiri, selepas ini secara otomatik kita akan sentiasa nak tambah dan tambah. Contohnya:

✅ Konsisten 1 gram 1 bulan setiap anak
✅ Birthday hadiahkan 5 gram emas atau 1 dinar (4.25 gram) masuk GAP
✅ Dapat keputusan cemerlang hadiah 10 gram emas masuk GAP

InsyaAllah sebelum umur anak mencecah 18 tahun, saya pasti setiap anak anda ada paling minima 150 gram setiap orang.

Rasa-rasanya mustahil tak 10-15 tahun akan harga emas mencecah RM500 segram? Langsung tak mustahil. Sebab 15 tahun yang lepas iaitu tahun 2005, harga emas hanya RM50 segram.

Baik, kita buat kira-kira.

Danish berumur 1 tahun, sudah ada akaun GAP Public Gold. Setiap kali perayaan, ibubapanya akan tukarkan duit raya 100% kepada emas untuk dana pendidikan Danish. Setiap kali sambutan hari lahir, Danish dapat hadiah 1 dinar daripada ibu dan 1 dinar daripada ayahnya. Jumlahnya adalah 2 dinar setiap tahun daripada hadiah hari lahir. Danish juga pelajar cemerlang. Setiap tahun Danish mendapat anugerah pelajar cemerlang. Ibubapanya menghadiahkan Danish 10 gram emas masuk akaun GAP.

Jumlah tabungan emas Danish adalah 291 gram sebaik Danish lepas SPM dan Danish nak sambung pelajaran. Dengan 291 gram, harga emas pada waktu itu RM500 segram bersamaan RM145,500 bila ditukar kepada duit.

Wow. Ibubapa Danish terkejut. Bukan saja terkejut sebab banyak, tapi teruja sebab Danish langsung tak bergantung kepada bantuan sesiapa untung sambung belajar.

Boleh belanja untuk sara diri selama 6 tahun lagi. Laptop pun boleh beli dengan emas itu.

Semoga kita semua terbuka minda. Hanya tukar duit raya, hadiah hari lahir, hadiah pelajar cemerlang kepada emas. Daripada beli barangan yang susut nilai seperti telefon pintar dan sebagainya, ada baiknya tukarkan kepada emas.

Ini adalah manual yang amat senang untuk buka akaun GAP Junior anak

Hilmi Ya’kub