Kek lejen musim raya ini. Saya bagi nama Kek Marjerin perisa oren. Kita cuba buat dulu. Nanti tak kena beli dah. Senang ya amat nak buatnya.

Bahan-bahan:

  1. Gandum 1 cawan
  2. Gula 1 cawan (nak kurang manis, kurangkan gula)
  3. Marjerin ½ cawan
  4. Esen vanilla 1 tsp
  5. Serbuk penaik 1 tsp
  6. Telur 3 biji
  7. Sunquick yang buat air tu.

Cara-cara:

  1. Campur marjerin, gula dan telur. Saya guna mixer.
  2. Masukkan gandum, serbuk penaik & esen vanilla, gaul lagi dengan mixer sampai sebati.
  3. Masukkan dalam loyang, ratakan. Ambil 1 sudu teh sunquick, curah perlahan-lahan bahagian atas saja.

Bakar dengan suhu 200°C selama 40 minit.

1 biji boleh makan 4-5 orang. Cubalah.

Nota diet:
Kandungan kalori sebiji: 1400 – 1500 kcal. Jadi jangan makan sebiji seorang ya. Bahagi 5, 280 kcal seorang. Okay la tu. Hihi