Kat Mana Untung Beli Emas?

Kat Mana Untung Beli Emas?

2 March 2019 0 By Hilmi Ya'kub

Kat mana untung beli emas?

Ok bagi saya explain.

Keuntungan tersurat (kita nampak) emas hanya satu iaitu ‘buy low sell high’. Beli masa harga murah, jual masa harga mahal.

Bagi saya, sebagai penyimpan emas tegar, faktor ini saya letak paling bawah sekali. Tak penting sangat.

Kenapa?

Sebab banyak lagi keuntungan lain yang tersirat. Antaranya:

1. Ubat boros. Kalau simpan emas dengan ilmu, simpan secara konsisten, percayalah.. sikap boros lama kelamaan akan terhakis sikit sikit.

Dia akan berkira-kira untuk keluarkan 1 sen duit pun. Bukan kedekut, tapi dia tahu mana keperluan dan mana kemahuan. Mahu cuba?

2. Simpan emas boleh seimbangkan inflasi untuk kewangan peribadi kita. Inflasi berlaku secara berterusan, kerana itu adalah sifat semulajadi wang fiat.

Purata inflasi di Malaysia adalah 3-5% setahun. Dengan emas, dia menyerap inflasi. Dengan kata mudah, emas kalis inflasi.

3. Emas berpotensi naik dalam jangka masa panjang. Sejarah harga emas bermula tahun 1972, sentiasa ada kenaikan walaupun ada turun harga dalam jangka masa yang singkat.

Ambik saja harga selama 10 tahun seperti dalam gambar, graf 2001 – 2011, harga emas naik.

Untuk makluman semua, saya merupakan dealer Public Gold, iaitu mendidik orang ramai untuk dapat untung dengan emas.

Nak tanya lebih lanjut, boleh wasap saya 0109610838 atau terus klik link http://hilmiyakub.wasap.my. Nanti saya guide kaedah terbaik mengikut bajet dan matlamat masing-masing membeli emas.

Hilmi Ya’kub

Kuching, Sarawak

2 Disember 2018