Kalau saya beli emas RM500 dengan akaun GAP, berapa saya dapat kalau jual nanti?

En Hilmi, kalau saya beli RM500 dengan akaun GAP, berapa saya dapat kalau jual nanti?

Ini soalan yang biasa saya terima daripada pelanggan yang baru nak berjinak-jinak dengan pembelian emas.

Sebelum itu, saya nak terangkan serba sedikit mengenai akaun GAP Public Gold. GAP nama panjangnya adalah Gold Accumulation Program, iaitu salah satu kemudahan yang Public Gold berikan kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 1 hari sampai tiada had umur. Kita beli emas melalui akaun GAP dengan kiraan gram minima RM100 dan ia ditukar kepada gram emas.


Contoh RM500, kita beli pada 1 Februari 2020 yang harga 1 gram nya adalah RM220. Harga akaun GAP akan dikemaskini setiap pukul 12 tengah malam. Jadi mungkin hari lain, lain pula harganya. Dengan RM500 tadi, kita akan dapat sebanyak 2.2727 gram dalam akaun GAP kita. RM500 kita tadi sudah bertukar kepada gram emas 100%. Kita sudah kena lupakan kepada RM500 kita tadi. Sebaliknya kita hanya kena ingat, kita sudah ada 2.2727 gram saja.


Ia sama saja konsepnya kita beli jongkong emas atau barang kemas. Kita bayar emas tersebut dan kita dapat emas. Sama, langsung tiada beza. Kita beli seutas cincin berharga RM500 sebagai contoh, kita dapat seutas gelang tersebut dengan berat gram dan kos upah tertentu.

Berbalik kepada pertanyaan yang kalau beli emas akaun GAP RM500, jual balik dapat berapa? Saya harap anda sudah faham penjelasan saya di atas. RM500 kita itu tadi sudah kita tukarkan kepada gram emas sebanyak 2.2727 gram.

Bila kita nak jual balik, kita bukan jual RM500, tapi kita jual gram emas kita 2.2727 gram. Terpulang kepada kita nak jual berapa gram. Kalau akaun GAP, syarat untuk akaun kita kekal aktif, kita kena tinggalkan 1 gram minima. Kalau jual semua pun boleh cuma akaun GAP kita dianggap tidak aktif. Untuk aktifkan semula, caj RM50 akan dikenakan.

Katakan saya nak jual semua emas saya 2.2727 gram tadi, maka saya kena tengok harga kat PG Buyback. Saya kena login akaun GAP saya, dan saya kena klik Buy back di menu kat akaun GAP saya. Kemudian saya boleh tengok harga kita nak jual balik kepada Public Gold hari ini (1 Februari 2020) adalah RM202 segram. Iaitu spread sebanyak 9%. Dengan 2.2727 gram saya tadi, saya jual terus hari yang sama, saya akan dapat RM459. Jika saya setuju, saya boleh teruskan jual dan saya akan dapat duit dalam masa 24-48 jam dalam akaun bank saya.

Harga Buy back (PG beli balik) untuk 1 Februari 2020

Pengiraannya begini: RM202 X 2.2727 gram

“Aduh!! Rugi lah saya kalau macam tu, En Hilmi. Beli RM500, jual balik dapat RM459 je”.

“Ya, inilah pentingnya ilmu emas. Saya suruh pergi seminar, tak nak pergi. Pelbagai alasan awak cipta. Lepas itu nak salahkan emas atau dealer tak ajar”. Balas Hilmi (dalam hati)

Nasihat saya, kita beli emas bukan beli hari ini esok nak jual. Memang cari nahas dan kita mula nak salahkan emas. Kalau nak untung dalam masa sebulan dua, baik anda beli ikan masin lepas itu jual di pasar minggu. Pasti beli hari ini dapat untung terus esok kan.

Emas ini simpanan untuk jangka masa sederhana dan panjang. Biarkan emas kita itu dalam simpanan kita buat masa 2 tahun paling minima. Lagi lama lagi bagus. Yang penting kita tambah secara konsisten 1 gram sebulan. Atau RM100 sebulan. Tambah dan tambah. Jangan peduli pasal harga. Atau tunggu masa harga emas semasa dah dapat atasi spread 9%. Kalau kita beli masa harga 1 gram RM220, nak jual kena tunggu harga melebihi RM239. Bila akan sampai harga itu? Saya pun tak tahu nak kata. Tapi saya pernah beli 2 tahun lepas masa harga RM169 segram. Sekarang harga RM220, sudah pasti saya dah dapat untung kalau saya jual. Sebab spread 9% dah dapat atasi masa harga RM185 segram lagi. Saya dapat untung lagi dalam RM7 segram. Kalau saya ada 10 gram, saya dapat untung RM70. Dan begitulah seterusnya.

Yang penting, beli emas susuli dengan usaha cari ilmu. Tengok Youtube, beli buku emas, hadir seminar percuma Public Gold dan sebagainya.

Emas tak boleh menjadikan kita kaya, tapi ilmu emas yang banyak insyaAllah kita boleh jadi kaya.

Saya sedia membantu,
Mohd Hilmi Ya’kub
Master Dealer Public Gold

Author: Hilmi Ya'kub

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *