Hari ini tular gambar orang ramai beratur sampai 1 kilometer di kedai pajak gadai untuk gadaikan emas. Sebab hari ini baru dibenarkan kedai pajak gadai beroperasi.

Ini menunjukkan bahawa emas amat berguna waktu senang dan susah.

Menggunakan emas untuk dipajakkan bukanlah satu kesalahan, malah itulah antara fungsi emas yang ramai orang perlekehkan.

Jangan pandang rendah kepada mereka. Paling kurang mereka beli emas waktu senang dulu.

Ada emas boleh juga jual atau gadai. Kalau beli jam tangan mahal beribu pun, tak boleh buat apa.

Orang yang nak gadai emas dia jangan malu jangan segan. Emas itu harta kita, bukan harta orang. Kita beli dengan duit kita, bukan duit mereka.

Saya sendiri ada beberapa pengalaman menggadaikan emas. Antaranya:

  1. Pengalaman kali pertama guna Pos Ar-Rahnu Pasir Mas
    https://hilmiyakub.my/pengalaman-gadai-emas-pertama-kali-di-pos-ar-rahnu/
  2. Saya guna Ar-Rahnu KDE di Public Gold Kuching pada 24 Disember 2018
    https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156784559962719&id=534337718
  3. Saya guna Co-Opbank Persatuan di Satok, Kuching pada 9 Julai 2018
    https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156389052872719&id=534337718
  4. Saya guna Pajak Gadai Mewah untuk emas akaun GAP saya pada 19 Sept 2018
    https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156562499597719&id=534337718
  5. Sikit tips daripada saya untuk memanfaatkan Ar-Rahnu
    https://hilmiyakub.my/teknik-gadai-emas/

Semua ini saya hanya nak rasai sendiri pengalaman menggunakan emas waktu terdesak.

Saya tak terdesak pun waktu itu, tapi saya nak belajar je. Senang nak cerita kepada kalian kann.

Tapi bila nampak gambar ramai orang Islam yang pergi ke kedai pajak gadai, saya rasa ramai yang masih tidak tahu kelebihan Ar-Rahnu berbanding dengan pajak gadai konvensional.

Ar-Rahnu di Malaysia dicetuskan oleh Allayarham Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan pada tahun 2008 dan diaplikasikan oleh bank-bank dan pusat pajak gadai lain.

Antara kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional adalah:

  1. Tidak mengenakan kadar faedah (unsur riba).
  2. Nilai gadaian tidak merosot
  3. Wang lebihan gadaian dipulangkan
  4. Caj perkhidmatan yang rendah
  5. Tiada unsur penipuan semasa membuat timbangan

Banyak lagi kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai konvensional biasa.

Lagipun sudah banyak instistusi kewangan atau bank yang sediakan perkhidmatan Ar-Rahnu ini. Antaranya adalah:

  1. Ar-Rahnu Koperasi Dagang Emas Bhd (KDE) di bawah Public Gold
  2. Ar-Rahnu Bank Islam
  3. Ar-Rahnu Bank Rakyat
  4. Ar-Rahnu Bank Muamalat
  5. Ar-Rahnu Agro Bank
  6. Ar-Rahnu Co-opbank Persatuan
  7. Ar-Rahnu Yapeim
  8. Ar-Rahnu Tekun
  9. Ar-Rahnu Permodalan Kelantan Berhad (PKB)
  10. Ar-Rahnu Koperasi PErmodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ)
  11. Dan ada lagi saya tak tahu

Selagi boleh, gunakan lah Ar-Rahnu untuk memastikan muamalat kita sentiasa diberkati Allah s.w.t.