Sesi FB Live
  1. Sistem kewangan dunia akan berputar 100 tahun sekali. Sekarang Dollar bakal berakhir. Jadi sekali lagi wang fiat akan menjadi mangsa.
  2. Emas sebagai insuran kewangan. Bila ekonomi lumpuh, emas berdiri dengan gah dan megah.
  3. Adakah tempoh terlambat untuk mula beli emas? Tiada terlambat dalam beli emas walaupun berusia 65 tahun. Sebab emas boleh diwariskan kepada anak cucu.
  4. Melabur emas dengan ‘big amount’. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit tak sesuai dalam pelaburan. Nak dapat profit besar, invest dalam jumlah yang besar.
  5. Tahun 2020 harga emas tinggi, adakah sesuai beli emas? Beli saja dengan konsisten tanpa tengok harga. Azizi Ali beli tahun 2010 dalam RM150 segram, pun dianggap mahal pada waktu itu. Harga sekarang pun dianggap mahal pada waktu sekarang.
  6. Bila harga emas turun, jangan panik. Ini normal ada naik turun. Yang penting konsisten untuk jangka masa yang panjang.
  7. Nasihat untuk kita semua, tambahkan ilmu kewangan & pelaburan.
  8. Tagline: Lebih banyak buku pelaburan & kewangan yang kita baca, lebih cepat kita bina kekayaan. Azizi Ali baca 30 buah buku pasal emas sebelum menceburkan diri dalam emas.
  9. Melabur dengan hati yang tenang. Tidak terikut-ikut dengan keadaan sekeliling.
  10. Nasihat untuk yang tersalah melabur dalam scam emas. Emas tak salah, tapi orang yang menipu (scammer). Tak ada mana-mana pelaburan yang suruh kita pinjam duit untuk buat pelaburan. Jangan percaya dengan scammer.

Tulisan asal: Hilmi Ya’kub