Bersempena dengan Maulidurrasul tahun ini, jom kita jadikan matawang sunnah sebagai satu cara untuk buktikan cinta kita kepada susuk tubuh insan mulia, Rasulullah s.a.w.

Dinar ini digunakan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Ia diambil daripada Byzantine.

Sehinggalah sampai zaman Saidina Umar r.a., baru lah dinar ditempa sendiri oleh Khalifah Islam kedua ini dan ditulis tulisan Lailaha Illallah wahdahu la syarikalah.

Dinar yang dibuat bermula zaman Saidina Umar r.a.

Dalam hadis Nabi s.a.w. ada menceritakan 1 dinar ini dapat beli 1-2 ekor kambing. Hari ini selepas 1400 tahun, 1 dinar harga dalam RM1170, pun masih beli 1-2 ekor kambing kan?

Itulah buktinya matawang sunnah (dinar) boleh simpan nilai duit kita.

“Bukannya boleh beli kambing dengan dinar pun”.

Ya betul. Sistem kewangan dunia kita hari ini tak boleh ubah senang-senang sebab kuasa besar dunia bukan berada dalam tangan kita.

Tapi percayalah dengan jadikan emas sebagai simpanan kewangan kita, ia dah cukup baik daripada kita bergantung 100% kepada wang fiat (duit kertas) kita hari ini.

Gambar di bawah ini cukup mahal bagi saya. Saya rakam di Muzium Othmaniah di Madinah masa pergi Umrah bulan November tahun lepas.

Muzium ini asalnya adalah stesen keretapi ketika kerajaan Othmaniah memerintah dunia.

Sekarang stesen keretapi ini ditukar menjadi muzium yang menyimpan pelbagai khazanah tinggalan Rasulullah dan para sahabat.

Saya pasti, orang yang faham emas saja akan menghargai dinar zaman Nabi ini. Kalau saya tak faham emas, saya mungkin hanya tengok dan pergi. Tak ambil ibrah apa-apa.

Jadi saya sengaja letakkan gambar 1 dinar Public Gold LBMA di sebelah 1 dinar yang digunakan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. sebab saya tahu, hanya saya saja yang ambil gambar dengan dinar begini.

Sunnah Nabi bukan saja ucapan selawat, tapi tindakan nabi juga sunnah.

Hilmi Ya’kub