Inflasi Menyebabkan Kita Semakin Miskin

Wang ringgit susut nilai, harga barang naik. Untuk atasi perkara ini, simpan sebahagian kecil pendapatan kita dalam bentuk komoditi seperti emas & perak.

Emas dan perak tak terpalit dengan inflasi.

Menurut Robert Kiyosaki, ada 4 sebab inflasi boleh berlaku:

1. Peningkatan permintaan kepada barangan tertentu menyebabkan bekalan berkurang. Akhirnya harga barang itu meningkat. Sebagai contoh, boleh tengok banyak rumah yang nak dijual lebih rendah daripada bilangan pembeli.

2. Peningkatan kos asas barang seperti pekerja dan bahan-bahan mentah menyebabkan harga meningkat.

3. Kaitan antara peningkatan kos dan gaji yang diharapkan juga menyumbang kepada inflasi.

4. Bila bekalan duit (money supply) dimanipulasi oleh kerajaan. Mencetak lebih banyak duit kertas dalam negara membenarkan bank mencipta lebih banyak hutang dan menyebabkan harga barang bertambah. 

Generasi yang lahir selepas tahun 1971 seperti saya memang payah nak sedari perkara ini sebab kita keluar je dari perut ibu, terus guna duit fiat.

Sedangkan datuk nenek kita beli barang kemas dengan banyak sebab mereka dah sedar awal akan nilai duit kertas semasa penaklukan Jepun & British. Mereka sudah lalui waktu sukar tiadanya emas dalam tangan.

Tulisan asal: Hilmi Ya’kub

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *