Alhamdulillah pertama kali saya guna servis Gold In Transit (GIT) Public Gold.

GIT adalah servis pos emas atau perak pertama di Malaysia yang dipelopori oleh Public Gold. Tiada lagi servis begini setakat ini di Malaysia.

Servis ini bersama coverage insuran sehingga RM5000.

Saya guna GIT untuk goldbar Raya set 5 keping. Servis terbaik. Caj dia RM10 untuk 1 gram pertama, dan tambahan RM2 untuk 1 gram berikutnya.

Saya ada 5 gram, maka caj GIT adalah RM18.
Dapat percuma sampul raya, gold card folder dan majalah. ūüĎŹ

Inilah rupa dia

Bagi yang nak buat GIT juga, saya kongsikan langkah-langkah yang perlu buat:

  1. Whatsapp staf cawangan kita bagitahu nak request untuk GIT. Nombor cawangan boleh rujuk introducer anda.
  2. Staf akan buat order di My Shipping. Kita boleh login akaun di Public Gold dan cari menu My Shipping.
Staf maklum order GIT saya sudah dibuat dalam sistem
Kita login dan cari menu My Shipment
Kemudian klik No ID ini. Kita kena masukkan alamat dan kena verify nombor 6 digit yang akan dihantar di SMS. Request dan tunggu SMS sampai. Masukkan 6 digit nombor yang dihantar
  • Buat bayaran ke no akaun Public Gold
Selesai
Bayaran kena buat ke salah satu akaun bank Public Gold ini

Hilmi Ya’kub