“Let me cut you into small pieces”.

Sebenarnya kad kredit saya ni tak salah apa pun. Sudah banyak manfaat dia bagi kepada saya sejak tahun 2013. Saya apply kad kredit dulu sebab selalu kena travel dari Sarawak ke semenanjung.

Lepas itu boleh claim semula. Okay la kan?

Kononnya senang nak beli tiket flight dan book hotel masa itu. Ia memudahkan banyak benda.

Bila dah ada kat tangan, fungsi dia saya luaskan untuk isi minyak di Petronas. Bila isi hujung minggu guna kad kredit, saya dapat cashback 8%, hari biasa 1%. Banyak juga dapat jimat tuuu.

Hujung bulan ada sekali saya pernah dapat cashback RM30 daripada isi minyak saja.

Kad kredit ini juga sebagai dana kecemasan saya. Ni perit ya amat. Saya pernah buat loan kad kredit EPP bayar 6 kali beberapa kali.

Selepas 6 tahun dia berkhidmat untuk saya, hari ini saya call Maybank untuk terminate. Semua treatpoints dalam kad itu 20 ribu lebih saya tukarkan kepada big point AirAsia pula.

Tahun 2020 saya letakkan azam untuk bebas segala jenis hutang negatif dan segala punca hutang yang tak mengkayakan.

Hidup lebih seronok tanpa kad hutang dan hutang jahat.

Ada yang berazam seperti saya tahun 2020 nak bebas hutang jahat? Komen ‘NAK’ di komen. Kita sama-sama buat okeh.

Terima kasih En Syukor Hashim atas kisah inspirasi kad kredit. Hehe.

Hilmi Ya’kub