Kalau tanya saya goldbar apa yang sesuai untuk dijadikan koleksi tahun 2020? Saya tak fikir lain dah.

Pastinya 3 goldbar 1 gram inilah yang wajib dimiliki oleh semua rakyat Malaysia.

  1. Corona Virus. Covid-19 ini telah merubah segenap aspek kehidupan penduduk seluruh dunia. Tanya anak kecil hingga datuk yang tua pun mereka tahu Covid-19 berlaku dalam tahun 2020. Dan ia akan menjadi memori yang pahit sehingga akhir hayat dunia.
  2. Wira Negaraku. Dalam Covid-19, terselit watak frontliners yang membanting tulang empat kerat bagi membendung penularan pandemik Covid-19.
  3. Quantitavie Easing. Ini adalah simbolik polisi kewangan bank pusat untuk menyuntik dana bagi menampung aktiviti ekonomi dalam sesebuah negara.

Kerajaan US inject berpuluh bilion USD ketika awal pertengahan pandemik Covid-19 menyebabkan matawang dollar jatuh merudum. Ringgit Malaysia juga terpalit.