Goldbar 5 gram ini amat penting bagi saya. Inilah goldbar pertama yang saya paksa kumpul pada awal perkenalan saya dengan emas.

Saya bermula dengan RM100 sebab itu saja jumlah minima untuk start. Saya nak cuba-cuba. RM100 masuk akaun GAP saya dan saya dapat 0.5+++ gram.

Selepas itu saya tambah akaun GAP saya 1 gram setiap bulan. Masuk bulan ke-6 saya ada 6.5+++ gram emas.

Dan saya keluarkan goldbar 5 gram ini. Ya goldbar 5 gram inilah. Tiga tahun lepas harga dia RM900 lebih. Sekarang dah RM1400.