Masa saya jumpa dengan Metal Assayer En Shukor tempoh hari, antara perkara yang saya dapat penjelasan daripada beliau ialah Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold.

Bagaimana konsep GAP yang disandarkan kepada emas fizikal 100%. Saya sudah mendapat jawapan yang kukuh daripada beliau.

Emas GAP disimpan berasaskan back to back. Contoh semua simpanan emas pemegang akaun GAP ada 500 gram. 500 gram ini disandarkan kepada 1 kg emas, walaupun tidak mencukupi 1 kg emas lagi. 1 kg emas ini disimpan ditempat khas di Public Safe, Relau.

Bila simpanan emas GAP daripada pelanggan meningkat melebihi 1 kg, Public Gold akan ambil satu lagi jongkong emas 1 kg yang lain, dibawa ke Public Safe sehinggalah jumlah terkumpul emas GAP cukup 1 kg lagi.

Begitulah seterusnya proses back to back berjalan. Jika emas ini ditebus oleh pemegang akaun GAP, sehingga berkurang sampai 1 kg, emas 1 kg dibuka daripada simpanan di Public Safe dan diletakkan di tempat lain.

Akaun GAP dapat dilihat atas talian 24 jam, boleh beli emas sepanjang masa

APA KEISTIMEWAAN GAP?

Dengan GAP, kita mempunyai 2 pilihan :

1. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya disimpan serta dijamin oleh Public Gold. Tiada upah simpan dikenakan. Dari masa ke semasa, kita boleh menambah gram emas kita dengan pembelian seterusnya.

2. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya kita boleh keluarkan dalam bentuk gold bar atau dinar di mana-mana cawangan Public Gold yang terdekat dengan kita.

APA LAGI YANG ANDA PERLU TAHU?

1. Untuk mengaktifkan akaun GAP, baki minimum sebanyak 1 gram perlulah ada pada setiap masa. Kita boleh mengeluarkan kesemua baki gram dalam akaun GAP, tetapi ia akan diklasifikasikan sebagai “tutup akaun”. Caj pembukaan akaun akan dikenakan bila kita ingin membeli melalui kaedah GAP pada masa hadapan.

2. Setiap gram yang terkumpul dalam akaun GAP, boleh dikeluarkan dalam apa saja item dalam bentuk gold bar atau dinar. Gold premium yang minimum akan dikenakan, bergantung kepada item emas apa yang kita keluarkan. Bayaran gold premium hendaklah dibayar secara tunai ketika pengambilan emas.

3. Akaun GAP boleh dibuka untuk sesiapa saja yang memiliki kad pengenalan. Bagi yang berumur di bawah 18 tahun, akaun akan dinamakan secara bersama dengan ibu atau ayah.

4. Gram emas di dalam akaun GAP juga boleh dijual tanpa perlu diambil fizikalnya. Duit akan dimasukkan terus ke dalam akaun pemilik GAP dalam masa 24 jam.

5. Gram emas dalam akaun GAP boleh digunakan untuk membeli belah di PG MALL, sebuah online shopping centre milik Public Gold.

SIAPA YANG PATUT MEMBELI SECARA GAP?

Sesiapa saja boleh membeli emas di Public Gold menggunakan kaedah GAP. Tetapi biasanya kumpulan berikut akan menjadikan akaun GAP sebagai prioriti :

1. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit sehingga tercapai gram yang diinginkan, barulah dikeluarkan emas itu.

2. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit atau banyak tetapi ada isu keselamatan apabila menyimpan sendiri.

3. Orang yang mahu mengalih simpanan tunai menjadi simpanan emas seperti akaun simpanan di bank.

4. Orang yang bekerja atau menetap di luar negara. Sesekali pulang ke Malaysia, bolehlah diambil emas yang dikumpul sekian lama di dalam akaun GAP.

LAGI?

1. Harga GAP dikemaskini sekali sehari pada pukul 12 tengah malam.

2. Item-item seperti gold bar 1 gram, gold bar 5 gram dan 1/2 sangat bagus jika dibeli menggunakan kaedah GAP kerana harganya jauh lebih murah dari harga cash and carry (yang menggunakan harga retail). Senarai harga boleh dirujuk di laman web www.publicgold.com.my.

Untuk lebih lanjut, boleh download ebook ringkas 5 minit saya untuk memahami apa itu simpanan emas GAP