Emas Hikmah Yang Hilang

19 August 2018 0 By Hilmi Ya'kub

Kita sebagai orang faham agama sepatutnya boleh mengangkat emas ke tahap yang lebih baik. Emas saya boleh kategorikan sebagai

“الحكمة ضالة المؤمن”.

Suatu alat kewangan yang baik yang hilang dari umat Islam. Sudah lama kita didoktrin oleh sistem kapitalis sehinggakan emas hanya dianggap sebagai alat perhiasan semata-mata. Bukan sebagai alat kewangan.

Kita tahu zaman Rasulullah s.a.w., Nabi ambik sistem kewangan yang menggunakan Dinar (emas) dan Dirham (perak) daripada sistem yang telah digunapakai oleh kerajaan Rom dan Parsi.

Walaupun Rom dan Parsi kerajaan Kristian yang kuat, tapi oleh kerana emas itu diyakini oleh Rasulullah sebagai matawang dan penyimpan nilai terbaik, Rasulullah adaptasikan Dinar dan Dirham dalam sistem muamalat kerajaan Madinah.

Zaman Nabi s.a.w., ada hadis mengisahkan 1 dinar boleh beli 1 – 2 ekor kambing, hari ini setelah 1400 tahun berlalu, 1 dinar boleh beli seekor kambing.

Ini menunjukkan emas adalah penyimpan nilai yang terbaik.

Saya kadang-kadang sedih bila golongan agamawan tak sokong emas. Tak apa lah. Mungkin suatu masa nanti mereka akan sedar perkara ini.

Seorang ulama yang banyak mendedahkan ‘konspirasi’ kewangan dunia, Sheikh Imran Hosein (gambar beliau bersama founder Public Gold, Dato’ Wira Louis Ng), katanya:

“Untuk mengembalikan fungsi EMAS yang sebenar sebagai medium transaksi, perlu MEMBUDAYAKAN masyarakat menjadikan emas sebagai SIMPANAN menggantikan WANG KERTAS.

Beliau datang ke Public Gold tahun 2016 dan galakkan bisnes Public Gold berkembang.