Saya baca satu buku bertajuk New Case For Gold tulisan James Rickards, dia kata emas bukan pelaburan. Pendapat beliau ada asasnya.



Masa beliau menulis buku ini tahun 2016, Warren Buffett adalah seorang yang terkenal dalam mengkritik emas sebagai alat pelaburan yang tiada pulangan dan tiada peluang untuk gandakan kekayaan.

Tapi tahun 2020, Warren Buffett sendiri sudah bertukar pandangan apabila mula membeli saham yang bersandar kepada emas.

Ok baik. Pandangan James Rickards ada benarnya.

1. Emas tiada hasil dan tiada risiko. Kalau kita beli 1 oz emas dan simpan untuk masa 10 tahun, 1 oz itu masih kekal di situ. Tak bertambah jadi 10 oz.

2. Yang berubah ialah harga. Harga berubah kerana duit dollar (kita ringgit) yang jatuh, harga emas 10 tahun pasti naik. Itu masalah duit, bukan emas, katanya.

3. Untuk dapatkan keuntungan dalam pelaburan, kata James lagi, kena ambil risiko. Dengan emas, mana risiko? Tiada risiko kecuali risiko emas adalah susah nak simpan.

4. Dalam emas juga tiada tempoh untuk matang. Malah dalam masa 5 tahun, emas itu masih emas yang sama.

Jelas pandangan James Rickards itu?

Jadi saya berpandangan, pendapat beliau adalah betul. Dan saya perhatikan majoriti yang berjaya dengan emas adalah kategori penyimpan emas. Bukan pelabur. Mereka menyimpan emas untuk dana yang nak guna lebih dua tahun.

Contohnya dana pendidikan anak bagus disimpan dalam bentuk emas. Sama juga dana haji, umrah, dana pencen malah dana kecemasan pun. Ini semua masuk kategori penyimpan emas. Harga emas naik mereka beli, harga emas turun pun mereka beli.

Kalau nak jadi pelabur juga, ada tips & trik nya. Antaranya kena beli dalam jumlah yang besar, minima 100 gram contohnya. Dan pelabur emas kena tahu asas analisis harga emas. Kenal support, lantai dan sebagainya.

Hilmi Ya’kub