Emas ini anugerah Allah yang cukup unik. Dia boleh jadi simpanan, dan boleh jadi harta / aset.

Siapa yang simpan emas sikit-sikit, lama-lama dia tersedar simpanan dia semakin bertambah. Sebab itulah Allah s.w.t. memberi peringatan khas kepada penyimpan emas & perak agar jangan lupa zakat dan infaq.

Dalam Surah At-Taubah ayat 34 ini Allah mengancam mereka ini dengan azab yang pedih. Kenapa? Ini kerana orang yang menyimpan emas dan perak, mereka sayang akan harta mereka sehingga enggan untuk keluarkan zakat emas.

Ayat 34 Surah At-Taubah

Emas juga harta. Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Ali-Imran ayat 14, “Dihiaskan kepada manusia suka kepada harta benda yang banyak dan bertimbun-timbun daripada emas dan perak”.

Ayat 14 Surah Ali-Imran

Allah s.w.t. tidak sebutkan harta dalam bentuk rumah atau hartanah. Jangan sempitkan ilmu kita yang emas terhad kepada pengimbang nilai saja. Ia lebih daripada itu, malah tidak terjangkau oleh fikiran manusia.

Tambah lah sikit ilmu pasal emas. Kaji sikit, jangan terikut sangat dengan ilmu kewangan konvensional yang memang anti emas.

Moga tulisan saya ini mengingatkan kita bahawa simpan emas adalah simpan harta yang Allah s.w.t. kurniakan. Kita simpan emas, kita ingat zakat. Kita beli emas, kita ada simpanan. Kita simpan emas dengan ilmu, bertambah kekayaan kita.

Ramai rakan-rakan saya yang menyimpan emas semakin celik kewangan mereka. Ada yang jadikan emas sebagai down payment rumah, ada yang beli tanah menggunakan emas.

Saya amat terinspirasi dengan cerita-cerita begini. Saya pasti kalian juga begitu.

Hilmi Ya’kub