Buku pertama yang saya baca, Zero Hutang itu mengaitkan emas dan celik kewangan. Ia berkait rapat antara satu sama lain. Orang yang celik emas dengan ilmu yang betul, secara otomatik dia akan celik kewangan.

  • Emas membantu saya ada simpanan RM1000 pertama. Pada permulaan saya kenali emas, saya hanya bermula dengan RM100 dengan 0.5+++ gram. Saya disipilinkan diri simpan 1 gram sebulan yang harga waktu itu lebih kurang RM180 – RM190 segram. Sampai 5 bulan saya konsisten, saya ada lebih 5 gram. Dengan 5 gram lebih itu, saya amat teruja sebab bila ditukar kepada duit, saya sudah ada RM1000 tapi ia dalam bentuk gram emas. Saya amat teruja. Mana tidaknya, sejak saya bekerja selama 5 tahun, saya tak pernah rasa simpanan RM1000 dalam satu-satu masa. Duit gaji semua habis sebaik sampai hujung bulan.
  • Emas memperkenalkan saya dengan pelbagai alat kewangan yang lain seperti ASB, hartanah dan unit amanah. Dalam masa dua tahun, saya sudah ada 2 biji rumah yang sebuah saya sewakan, dan sebuah lagi dalam proses pembinaan.  Ini bertitik tolak daripada keterujaan saya yang sentiasa ingin meneroka maklumat baru mengenai kewangan selepas kenali emas. Banyak buku kewangan yang say abaca selepas saya kenali emas. Saya rasa bertanggungjawab untuk memastikan pelanggan emas saya mendapat ilmu kewangan yang sepatutnya selepas mereka menyimpan emas. Saya tidak mahu mereka mengulangi ‘dosa kewangan’ seperti yang sama lalui sebelum ini.