Emas adalah vehicle (kenderaan) untuk capai matlamat kewangan.

Kenderaan adalah alat untuk memudahkan dan mempercepatkan kita sampai ke satu-satu destinasi. Kalau nak pergi ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu, ada pilihan nak naik motosikal, kereta, bas ataupun kapal terbang.

Nak paling cepat, naiklah kapal terbang. Nak singgah sambil enjoy permandangan hutan, naiklah kereta. Nak rasai udara segar, naik lah motosikal.

Kalau nak pergi ke Kuching, Sarawak dari Kuala Lumpur, hanya boleh naik kapal terbang saja.

Begitulah juga vehicle untuk capai matlamat kewangan. Faham destinasi kewangan kita, dan pilihlah alat yang sesuai.

Kalau matlamat nak dana kecemasan 3-6 bulan gaji. Tak berjaya sampai kalau naik motosikal sebab selalu bocor, cubalah naik kereta. Tak berjaya simpan dalam bentuk duit, cubalah simpan dalam bentuk emas.

Untuk dana pendidikan yang nak guna 10-18 tahun akan datang, simpan lah dalam alat simpanan yang kalis inflasi seperti emas. Kalau simpan dalam duit, setiap tahun duit alami inflasi 3-5% setahun. Tambahan pula kos pendidikan sentiasa naik, memang kena cari alat yang sesuai.

Hilmi Ya’kub